Jalan-bergerak

gravatar

Tak Tahu Maksud Inggeris? English Translation


Saya baru sahaja lepas melayari internet. Baru saja nak tutup browser iaitu Google Chrome (browser yang latest punya ler). Retina mata saya tertarik dengan satu website yang membantu kita dalam perbahasaan. Sudah lama saya ingin mengepostkan artikel tentang ini tapi apakan daya, otak saya tak dapat menanggung kesakitan yang di lalui di alam ini. Tapi hari ini, alhamdullilah, saya masih boleh mengepostkan artikel ini kepada anda. Adakah anda tahu website citcat.com?

Jika belum tahu, biar saya jelaskan di sini. Website ini adalah salah satu website yang menyediakan seperti enjin carian. Tapi tajuk saya pada kali ini lebih menumpukan tentang terjemah bahasa. Walaupun website ini menyediakan enjin carian, tapi ia turut sajikan Terjemahan Bahasa iaitu dari Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia dan juga dari Bahasa Malaysia - Bahasa Inggeris. Bahasa Cina pun ada juga. Cuma saya tak berapa faham hehehe...Saya mengalu-alukan kemasukan anda ke website ini. Ianya lebih kurang kamus online ler. Kelebihannya cepat, mudah dan tak banyak karenah. Saya pun kadang² guna website ini juga. Biasalah, nak cepat. Jadi sesiapa yang berminat nak translate bahasa tu, boleh terus ke SINI dan klik pada terjemah di link atas.



p/s: Amat sesuai kepada orang yang malas nak buka kamus @ sibuk lebih kurang macam saya :D