Jalan-bergerak

Archive for November 2008

gravatar

Tontoni Cerita Kartun Versi Melayu

Hai, tajuk posting kali ini mungkin lain sikit. Tapi tidak mengapalah. Kepada sesiapa yang berminat dengan movie kartun Jepun versi Melayu yang agak popular ini seperti Shin Chan, Doraemon atupun Detective Conan, anda kini boleh menontonnya DI SINI .

Baru² ini saya teringin menonton cerita Detective Conan iaitu cerita kegemaran saya (besar² pun tengok cartoon lagi ke?), sedang saya surf di internet, saya terlihat website yang mengandungi banyak movie anime Jepun yang versi Melayu punya. So, apa tunggu lagi, saya pun terus masuk and tengok lar. Layan je.

Bagi yang tak berminat tu maaflah, mungkin anda boleh lihat artikel saya yang lain. Maklumlah, website saya ini bukan sahaja dilawati oleh orang dewasa malah kanak² mahupun remaja juga turut melawati website saya ini.

gravatar

Jom Buat Bandar

MyMiniCity adalah satu permainan online membina bandar sendiri. Dari sebuah petempatan yang kecil, setiap kali anda masuk melawat atau kawan-kawan anda yang datang melawat ke bandar anda melalui url anda, seorang penghuni baru akan bertambah dan bandar anda akan semakin maju. Permainan ini amat mudah untuk di jalankan. Cuma melawat setiap hari dan anda boleh majukan bandar anda itu.

Untuk membuat bandar sendiri KLIK SINI

gravatar

Driver CD : All Windows Driver For Xp


Hai, tutorial baru yang saya akan posting kali ini ialah mengenai Driver For Windows Xp. Baru² ini PC kawan saya telah di masuki virus. Nasib baik virus ini agak baik sebab dia tak kacau file²and data penting yang ada. Cuma virus ni delete Driver² yang ada je (pesyen tu pn ader? hehe...)


Memang saya akui Driver yang wujud di dunia ni banyak yang tak sama. Kalau ada CD Driver takpe lah. Install balik je. Masalahnya tak ada CD Driver ni yang susah sikit. Nak cari and download Driver dalam internet sukar la juga. Kadang² bila kita download, bila buka file Driver, corrupted la pula. Mujurlah ada penyelesaiannya. Saya gunakan Universal Driver CD. Fail ini dalam format .iso, hanya perlu di burn ke dalam CD dahulu lepas tu masukkan ke dalam Optical Driver dan Insya-Allah secara automatic Windows akan install Driver² yang diperlukan. Sungguh mudah.

Untuk pengetahuan anda, fail ini mengandungi 25000 hardware Drivers dari pelbagai jenama contohnya Dell, IBM, HP, Toshiba,Compaq, Sony, Panasonic begitu juga hardware component manufactures Intel, nVidia, ATI, Via, Soundmax, 3Com dan etc :)

Download File & burn ke dalam CD:


gravatar

Website Percuma Web Domain Nama Sendiri


Anda ingin membina website? Tapi tak ingin pakai domain/alamat website seperti blogspot? Anda boleh bertukar atau membina website dengan domain percuma di http://www.co.cc/?id=137121
Tapi jika anda ingin pakai domain blogspot anda boleh dapatkannya di http://www.blogger.com/ .

gravatar

3D Desktop : Antara Yang Terpilih?


Klik pada video jika mahu paparan yang lebih besar dan jelas

Baru² ini saya telah mengpost entri berkenaan 3D for desktop iaitu Yodm3D: 3D Untuk Windows Xp Dan Vista. Baru tadi, dalam saya melayari internet saya terjumpa beberapa 3D desktop yang menarik untuk anda. So, di sini saya ingin menyenarai beberapa aplikasi 3D yang bagus untuk 3D desktop.

Jika anda mahu aplikasi ini dibawa ke mana², saya syorkan anda menggunakan:

a) Yodm3D - Terdapat dalam 3D Cube Desktop sahaja. Kelebihannya, boleh mengheret windows yang di buka ke desktop lain. Download Yodm3D
b) Shock4Way3D - Ada beberapa jenis 3D yang menarik seperti 3D Cube Desktop, 3D Flip, 3D Inside, 3D Wave Cube, 3d Grid. Download Shock4Way3D

Aplikasi ini pula lebih bagus dari dua yang atas, tapi kena install dahulu. Sesuai untuk pengguna yang tidak berkongsi computer ataupun laptop:

a) CubeDesktop - Cube 3D boleh bergerak hingga 360°. Terdapat banyak bentuk 3D. Performance lebih bagus * Saya sekarang guna yang ini :) * Download CubeDesktop For Free

gravatar

Google Dekstop : Gadget Seperti Vista Di Windows Xp


Google Dekstop adalah salah satu software yang telah di perkenalkan oleh Google. Aplikasi ini lebih kurang seperti gadget di Vista. Namun, jika anda masih menggunakan Windows Xp, ada baiknya anda menggunakan software ini. Bukan sahaja mencatikkan, malah mempercepatkan urusan harian anda. Jika anda berminat, anda boleh mengdownload di http://desktop.google.com/

gravatar

IE : Internet Explorer 8 Dah Keluar?

Internet Explorer 8 dah keluar ke? Hmm.. Memang dah keluar pun. Nak cuba try test ke? Boleh aje. Cuma IE 8 ni masih di tahap Beta. So ada la spepat yang tak berpa nak cukup lagi. Kalau nak try bolehlah

Download Internet Explorer from FileHippo.com

gravatar

Rocket Dock : Cantik, Menarik Dan Ringkaskan Dekstop Anda

Pernahkah terjadi, file² di dalam desktop anda terlalu banyak? Jadi kenapa anda tidak mencuba satu perisian yang menarik iaitu Rocket Dock. Perisian ini boleh mencantikkan dan meringkaskan file² yang berada di desktop menjadi satu deretan yang kemas dan rapi. Anda boleh melihat screenshot di bawah ini.

Anda tidak perlu lagi berserabut dengan file² yang banyak berada di desktop anda kerana ini boleh mengeruhkan pemandangan computer anda. Tambahan pula, perisian ini tidak membebankan computer anda kerana saiznya yang kecil. So, apa tunggu lagi?


*** Sesuai untuk Windows Xp & Vista ***
P/s: Untuk pengguna Windows Xp, nak cantik lagi cuba pakai theme Vista :)

gravatar

5 Website Yang Wajib DiKetahui

1. Google - www.google.com
~ Google merupakan enjin carian paling berkuasa pada masa kini. Adakah anda masih menggunakan Yahoo untuk mencari maklumat? Jika ya, cuba anda tukar ke Google pula

2. Download.com - www.download.com
~ Sumber software anda. Download.com menyediakan bermacam-macam perisian dari pelbagai kategori yang anda boleh muat turun secara percuma. Tips: jika anda hanya inginkan freeware, pastikan filter ditetapkan kepada free

3. Digg - www.digg.com; Del.icio.us - http://del.icio.us; StumbleUpon - www.stumbleupon.com
~ Maaf, saya tak dapat pilih antara tiga link ini, kerana semuanya hebat-hebat! Ketahui informasi yang terbaru dan terhangat, pengetahuan am yang berguna, serta laman web yang menarik. Kesemuanya ada dalam ketiga-tiga perkhidmatan ini

4. Wikipedia - www.wikipedia.org
~ Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan sesuatu perkara, rujuklah pada Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia yang paling lengkap dan paling cepat berkembang. Juga merupakan syurga dunia bagi para pelajar, segala jawapan bagi assignment anda ada di sini

5. YouTube - www.youtube.com
~ Youtube semestinya website kegemaran saya, namun tidak dinafikan ianya merupakan laman web yang paling kerap dikunjungi di seluruh dunia. Laman web ini menyediakan video klip percuma untuk ditonton, merangkumi semua topik dari pembelajaran hinggalah kepada lawak jenaka. Ingat, gunakan laman web ini sebaik-baiknya dan ingatlah had dan batas kita sebagai seorang Muslim

gravatar

FoxitReader : Pembuka File PDF Yang Laju

Foxit Reader adalah software yang boleh membuka file berbentuk PDf seperti Ebook. Software ini jauh lebih bagus dari Adobe Reader kerana kelajuan file yang dibuka berkali ganda pantas dari Adobe Reader. Ramai rakan² saya telah bertukar dari Adobe Reader ke Foxit Reader. Tapi, kepada pengguna² yang masih lagi berminat untuk mengguna Adobe Reader tidak mengapa, teruskan. Tapi tak salahkan kalau kita mencuba dahulu kemudian baru buat kesimpulan kan?
Jadi kepada sesiapa yang ingin menggunakan software ini bolehlah pergi ke website ini www.foxitsoftware.com

gravatar

Berapa Nilai Mata Wang Kita?

Adakah RM1 kita bernilai untuk dunia? Berapa nilainya kalau di bandingkan dengan mata wang dunia, seperti USD, EUR? Ingin tahu? Semak nilai mata wang di www.xe.com . 


P/s: Sesuai juga untuk usahawan² yang selalu bertukar mata wang USD ataupun EUR :)

gravatar

UltraSurf : Layari Internet Tanpa Di Sekat

Assalamulaikum, selamat bertemu semula. Mmm... agak gembira juga saya di kem sana. Banyak pengalaman yang saya timba di sana. Suara saya pun dah naik keruh. Jadi tanpa meneruskan cerita panjang saya, saya kembali dengan tutorial baru untuk dikongsi bersama anda. Tutorial ini ialah dengan menggunakan UltraSurf anda dapat melayari internet tanpa sempadan dan sekatan. Jika dahulunya di sekolah atau di universiti memblock website² yang kita suka seperti Youtube, Friendster, Myspace. Sekarang ini, Insya-Allah dah boleh. Anda hanya perlu meng"run" application ini sahaja. Tidak perlu install.

Caranya:
1) Buka apllication UltraSurf
2) Guna IE dan masuk website yang telah di halang
3) Surf macam biasa

* Kalau guna browser selain IE contohnya Firefox, Opera dll kenalah setting proxy dulu
HTTP Proxy : 127.0.0.1 Port : 9666

Ataupun di bawah ini anda boleh melihat IP yang digunakan oleh Ultrasurf

Ultrasurf 9.2

65.49.14.12
65.49.2.15
65.49.2.26


Ultrasurf 9.3

65.49.2.22
65.49.2.18
65.49.14.14

gravatar

Firefox : Tips Untuk Melajukan Surfing

Hari ini tamatlah sesi pengajian saya pada tahun ini. Bertemu pula kawan² yer pada tahun depan :) Dan keesokkan harinya 13 Nov, saya ingin bertolak ke kem untuk satu aktiviti lasak selama seminggu. So, saya mungkin tidak akan mengepost artikel² yang menarik untuk dikongsi bersama anda. Jadi sebelum saya meninggalkan anda untuk sementara, saya akan tunjukkan tips untuk melajukan pelayaran internet anda menggunakan Mozilla Firefox ok!

1. Buka firefox anda, dan taip kat address tu ----> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpai nt.delay ............ .. pastu set 300

Kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada -----> 0

Kalau masih tidak suka dgn kelajuannya. .. cuba yg ini pula, type skali lagi ----> about:config

1. Tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http. pipelining
network.http. proxy.pipelining
network.http. pipelining. maxrequests

2. Double click kat situ untuk tukar false tu kepada true, contohnya -

network.http. pipelining - true
network.http. proxy.pipelining - true
network.http. pipelining. maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)

3. Pastu type skali lagi -----> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut --->
nglayout.initialpai nt.delay
set kepada 0

Dan restart firefox anda (tutup dan buka semula)

***Kepada pengguna Streamyx, kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing. Anda boleh test. Selamat Mencuba***

P/s: Doa-doakan saya selamat dan bahagia di sana... bye2

gravatar

Firefox : Pengenalan Ringkas Tentangnya

Mozilla Firefox - juga dipanggil 'Firefox' - secara umumnya cuma satu Internet browser yang percuma, sama seperti Internet Explorer sebagai contoh. Mozilla dengan erti kata lain menyediakan satu kumpulan software lengkap untuk aplikasi web seperti browser, bersama mail client, chat client dan banyak lagi.

Firefox Terlalu Popular ? Jadi, mengapa Firefox terlalu popular berbanding produk-produk Mozilla yang lain?


Kerana ia merupakan satu aplikasi ringkas, jadi anda tidak perlu bertukar kepada aplikasi lain secara tiba-tiba sedangkan anda amat menyukai aplikasi yang anda gunakan sekarang seperti Outlook Express, mIRC, dll. Anda boleh muat turun Firefox dan gunaknnya bersam-sama aplikasi web-based yang lain - Internet Explorer pun boleh - tanpa perlu menghadi sebarang masalah.

Anda tidak perlu lagi install pelbagai software untuk setiap fungsi yang anda ingin gunakan, cuma tambahkan extension yang anda ingin gunakan dalam Firefox. Sekurang-kurangnya anda dapat jimatkan ruang cakera keras anda untuk install pelbagai aplikasi yang anda ingin gunakan.

"Ok" anda jawab, "Saya malas...kenapa saya perlu muat turun. install dan tweak Firefox - kenapa saya tidak boleh terus je gunakan Internet Explorer?"

Pertama sekali, tiada sebab anda tidak boleh gunakan kedua-dua browser sekaligus. Artikel ini bukan untuk membuktikan bahawa Microsoft merupakan Jin Ifrit. Internet Explorer 7 merupakan browser yang bagus, tetapi alasan yang paling kukuh untuk anda bertukar kepada Firefox adalah kerana top-notch security, Firefox ada ciri-ciri tambahan yang tidak mampu difikirkan oleh logik akal yang sudah pasti tiada dalam Internet Explorer. Firefox boleh di'customize' dalam pelbagai cara yang mana tidak berlaku pada Internet Explorer.

Firefox berubah/evolusi dengan pantas kerana ia merupakan aplikasi sumber terbuka / open source software, ia ada komuniti dan developer yang sanggup menghabiskan banyak masa dan usaha dalam memberikan respon yang pantas kepada keperluan pengguna, membaiki sebarang 'vulnerability' yang ingin 'exploit' secepat mungkin, dan merubah Firefox kepada satu browser yang perlu ditandingi. Secra fakta, developer memerlukan idea daripada pengguna untuk memberikan idea kepada mereka supaya ciri-ciri baru dapat dicipta dalam versi Firefox yang akan datang.

Download Mozilla Firefox

gravatar

Yodm3D : 3D Untuk Windows Xp Dan Vista

Ingin nampak windows anda bergaya dan cantik seperti Linux? Inilah aplikasi Yodm 3D. Buat windows anda menjadi 3D Cube seperti di atas. Untuk guna aplikasi ini, tidak perlu install. Hanya 'run' dan boleh di gunakan. Klik Di Sini Untuk Download

Cara untuk menggunakan:
1) Klik aplikasi Yodm 3D
2) Tekan Ctrl + Shift untuk active
3) Jangan lepaskan Ctrl + Shift dan heretkan dekstop anda ke kiri atau ke kanan

Requirements:
*Windows XP/Vista
*Graphic Card with DirectX 9 support

p/s: Seronok juga main 3D ini. Lebih kurang macam Linux ler. Tapi kalau nak lebih mantap, lebih baik pakai Linux. Belajar linux di Melayubuntu :)

gravatar

Semak Alamat Ip Anda Dengan Mudah



Anda boleh check ip address anda di laman web ini
1) www.ip-adress.com (bersertakan alamat daerah)
ataupun
2) www.cmyip.com

gravatar

Tengtang Saya Hari Ini : Seronok Tapi Menakutkan?

Hari ini 11 November, pekara yang menyeronokkan iaitu saya pergi bermain badminton setelah hampir 2 tahun tak sentuh raket, apatah lagi nak main badminton. Mengisi masa lapang yang masih kosong. Kawan² saya mengajak saya bermainnya di satu tempat. Sesampainya di sana, perasaan saya mula gundah-gelana kerana melihat pusat badminton yang tak macam tempat bermain badminton pun. Lebih kurang tempat seludup barang haram je. Dah la tu, di dalamnya bila duduk terasa lebih kurang macam hutan. Walaupun hati kecil ini risau, tapi hati besar rasa seronok kerana sudah lama tak bermain badminton :) Dan ini antara gambar² yang saya sempat candid he..he..he.. Klik pada gambar untuk paparan besar :)




gravatar

Pc Fair Disember 2008 Datang Lagi!

Di bawah ini adalah beberapa lokasi Pc Fair akan 'mendarat' pada Disember 2008 ini.

5 - 7 December 2008 ~ (11:00 am - 9:00 pm)
~Penang International Sports Arena, Penang
~Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah
~Central Square, Sungai Petani, Kedah
~Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang

12 - 14 December 2008 ~ (11:00 am - 9:00 pm)
~KL Convention Centre, Kuala Lumpur
~Mahkota Parade Melaka, Melaka
~Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak
~Batu Pahat (BP) Mall, Batu Pahat, Johor

19 - 21 December 2008 ~ (11:00 am - 9:00 pm)
~Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru
~Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
~Dewan 2020, Kangar, Perlis
~Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor

Bolehlah bersiap sedia untuk perang PC. Jadilah pengguna yang bijak!

gravatar

Tidak Perlu Register Pun Boleh Login?


Anda boleh masuk ke website yang perlu login tanpa anda registernya dahulu dengan BugMeNot. Anda boleh berkongsi username dan password untuk masuk ke website yang memerlukan anda login. Pilih saja website apa yang hendak anda layari, dan dapatkan username dan password percuma untuk anda :D

gravatar

Jadikan Gambar Anda Sebagai Muka Majalah

Anda boleh edit gambar anda secara online dengan menjadikan gambar anda itu sebagai muka depan di majalah. Pergi ke websitenya http://www.magmypic.com/

gravatar

Lindungi PC Anda Dari Virus USB Drive


Saya baru jer jumpa satu software baru nama Ninja Pendisk. Software free ni kata dia boleh menghalang komputer anda dari dijangkiti virus yang datang dari USB pendrive. Tiada keperluan untuk konfigurasi aplikasi ini walaupun ianya mempunyai option konfigurasi.
Software ini adalah portable, bermakna anda tak perlu install untuk menggunakannya. Sangat sesuai untuk pelajar2 kolej dan universiti yang selalu berkongsi komputer di makmal yang biasanya tidak mempunyai “administrative rights” untuk install software baru.
Selepas melarikan software ini, ia akan berada di taskbar windows anda dan menunggu USB drive dimasukkan. Sekiranya ada virus dikesan, ia akan mengeluarkan paparan dan membersihkan virus itu secara automatik. Satu paparan akan dikeluarkan sekiranya virus berjaya dibuang.

Komen: Saya percaya ini adalah software yang bagus untuk beginner dalam mencegah virus dari USB tapi saya tiada kesempatan untuk mencuba keberkesanannya kerana pada masa ini, saya tidak mempunyai virus dalam thumb drive.
 
Kelebihan: Saiz yang kecil, aplikasi portable dan ada LAN chat client.


Sumber: www.SembangKomputer.com

gravatar

MLife : Social Network Di Dalam Mobile Anda

Anda sudah tahu bukan Friendster ataupun Myspace ataupun Xanga atau apa-apa sahaja website yang berkenaan community. Website ini teleh memberi kita kemudahan untuk mencari rakan, berbual-bual dan bermacam-macam lagi. Begitu juga dengan Mlife. Boleh online di PC mahupun di mobile anda. Cume yang menyeronokkan saya, Mlife ini PERCUMA jika kita online di mobile (kira kredit tak makan ler). Jika anda mahu online di PC ini websitenya www.mymlife.com.my . Di mobile pula, anda taip website ini http://wap.mymlife.com.my dan selamat untuk melayarinya.

Kepada sesiapa yang tidak pernah masuk lagi tu, kenalah register dahulu. Lepas tu macam biasalah, upload gambar anda. A’ah sebelum masuk, kena ada dulu GPRS/3G yer :)

p/s: Saya hanya cuba di rangkaian Hotlink dan Maxis sahaja. Rangkaian lain belum cuba lagi. Maaf ye! Kalau nak boleh cuba try test :D

gravatar

File Converter Zamzar Sesuai Untuk Kita!

"Apa maksud awak dengan tajuk di atas ni?". Biar saya terangkan, Zamzar adalah salah satu converter yang terkenal. Bermacam-macam jenis file boleh di convert. Zamzar juga di panggil sebagai Online Converter kerana tidak perlu install di PC hanya direct ke websitenya. File jenis video pun boleh di convertkan. Bagi saya, ia amat sesuai juga untuk kerja² Office. Caranya begini
1) go to Zamzar website
2) upload file
3) pilih jenis file yang anda ingin tukarkan
4) masukkan email anda
5) buka email dari Zamzar dan klik link untuk download (email dari Zamzar mungkin akan di terima dalam 2 minit selepasnya,tapi takpe, tunggu sekejap je)

KLIK SINI untuk pergi ke website Zamzar

gravatar

Perkataan Terbalik >>ʞılɐqɹǝʇ uɐɐʇɐʞɹǝd<<

Hai, boring ke? Kalau dah boring sangat tu, bolehlah tambahkan 'kepeningan' anda dengan mencuba ini > Terbalikkan Perkataan Anda. Dan anda boleh copy perkataannya untuk hantar ke rakan² anda. Ini webnya >> Flip <<. Selamat Mencuba!

gravatar

Test Kelajuan Internet Di Sini



Anda tahu berapa kelajuan internet anda sekarang? Ataupun kadang² internet rasa slow je. So ada beberapa website yang boleh kita test internet speed. Kat sini saya list dua website sahaja yang agak popular untuk test internet speed anda iaitu:
2) speedtest.izzi.com.my (saya syorkan yang ini)

*Kalau internet speed anda lebih dari 800kb/s kira ok la untuk access internet. Bolehlah buat banyak kerja dalam satu masa.

P/s: Saya tengah tension ni, baru je nak post pasal kelajuan internet, saya punya internet yang lembap sekarang ini. Nak post artikel ini dekat 40 min juga baru boleh "publish post". Time ni la dia nak buat hal...eeee!!! Selalu internet ok je!