Jalan-bergerak

Archive for 2008

gravatar

Selesai Masalah Matematik Secara Online

Anda pening tengok soalan Matematik yang di ajukan kepada anda. Dengan Square Root, Algebraic, Cosine, Tangent, dan lain-lain lagi. Pada yang ambil pelajaran Additional Mathematic (macam saya hehehe...promote sikit) tu mesti ada yang susahkan? Macam mana nak jawab?

Mathway boleh bantu anda. Dengan Mathway, hampir 3,978,393 masalah matematik boleh di selesaikan dengan mudah. Perkhidmatan ini digunakan secara online. So, tak perlu fikir dah nak install apa-apa software. Kalau dok luar negara pun boleh guna. Jadi kepada anda yang dah terlalu 'blur' sangat hinggakan tak boleh menjawab soalan Matematik tu, gunalah perkhidmatan Mathway ini.

Tapi kalau boleh jawab tu cuba-cubalah jawab dengan kepala otak tu. Jangan mengharap benda ini je. Macam mana nak improve nanti kan? Hehehe...

Mathway Here

gravatar

Macam Mana Nak Buat Icon Sendiri?

Woaw! Akhirnya saya jumpa juga website yang paling best untuk buat icon file sendiri. Dah berkurun saya cari, semuanya tak best belaka! Tapi kali ini saya rasa inilah icon file yang paling best.

Anda yang teringin nak buat icon sendiri tu, boleh menggunakan perkhidmatan Bradicon. Icon kita di ambil dari gambar yang kita upload. Bukannya apa saya cari sangat sebab saya nak gantikan icon folder saya dengan gambar saya. Maklumlah, folder terlalu banyak di dalam PC saya jadi, kadang-kadang tu bila buka folder, ada yang terkeliru je.

Atau anda boleh pergi ke websitenya DI SINI



Update: 15 Jan 2009

Hari ini saya ada update sikit tentang icon. Di sini saya sertakan link untuk download icon yang sedia ada:-

1) Favicon
2) Flag Icon

gravatar

Apa Yang Ada Pada Nama?

Agak pelik sikit tajuk entri kali ini kan? Tapi tak mengapa kerana tak ada apa yang pelik pun. Cuma anda nak cuba tak sesuatu yang mungkin anda tak pernah cuba perkataan yang terdapat di nama anda. Jom cuba:

Apa Maksud Nama Anda?
Klik Sini

Maksud Nama Anda Dalam Jepun
Klik Sini

p/s: Entri ini hanyalah sekadar bersuka-suka sahaja (Jangan ambil serius pula?)

gravatar

Buat Animasi South Park

Hmm... hari ini tak berapa ada mood ler, so saya just tinggal satu artikel yang kalau anda minat buatlah kalau tak minat tengok artikel lain je la yer hehehe... Anda boleh buat animasi South Park berdasarkan muka anda di http://sp-studio.de/

gravatar

Pantun Jepun

Aaaah! Anda pernah tengokkan cerita Jepun, hmmm.. kat bawah ini ada beberapa rangkap pantun Jepun yang boleh diambil kira hehehe...

Pulau Hokkaido jauh ketengah,
Gunung Fuji bercabang tiga,
Hancur Raksaser dikandung tanah,
Ultraman yang baik dikenang jua.

Dua tiga Raksasa berlari,
Mana nak sama Raksasa Kero,
Dua tiga Ultraman boleh kucari,
Mana nak sama Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita,
Papan di Tokyo Ultraman dirikan,
Kalau sungguh itu keje Raksasa,
Badan dan kepala dia Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat,
Kajang Raksasa mengkuang layu,
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat,
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju,
Sampai Pokok Sena,
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman menyala.

Mengata laksa paku serpih,
Mengata Raksasa,
Ultraman pula yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula,
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kita berbahasa,
'Fire' diberi pada Raksasa.



Hmm apa macam? Sekadar berjenaka... Ah! Setitis komen di alu-alukan oleh anda ye!

gravatar

Buat Chat Room Sendiri

Anda boleh buat room untuk berchatting dengan http://www.chatmaker.net/. Tak perlu install apa-apa software untuk membuat chat room ini. Anda hanya perlu create chat room anda dan pihak ChatMaker akan memberikan anda url utk anda beri kepada kawan-kawan untuk join sama di chat room ini.

Kalau anda tak mahu menggunakan ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan di http://www.meebo.com/. Di Meebo, anda boleh emmbed chat room yang popular dan masukkan ke dalam website anda dan anda juga boleh membina chat room sendiri. Sila klik jika anda mahu tahu Apa Keistimewaan Meebo?

Selamat Mencuba!

gravatar

Gabungkan Google & Yahoo!

Kalau anda saja-saja nak try tengok macam mana jadinya kalau Google digabungkan dengan Yahoo! boleh cuba di http://www.polycola.com/.

Bukan Google dan Yahoo! sahaja boleh digabungkan, malah Live, AltaVista, AOL juga boleh gabungkan.

gravatar

Buat Nama Dengan Bangunan

Tengah saya 'memboringkan diri', ada satu ilham yang datang. Meh! Saya nak habaq apa ilham yang datang tu. Anda boleh membuat tag nama menggunakan bangunan yang ada di dalam dunia ini. Jika anda tunjuk pada satu huruf itu, dia akan menunjukkan dimana terletaknya bangunan itu.

JomClick - Buat Tag Nama Dengan Bangunan

gravatar

Mozilla Firefox 3.05 Dah Keluar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada anda yang ingin menggunakan pelayar internet yang semakin hebat dan dikenali ini tak lain tak bukan adalah Mozilla Firefox. Kini sudah keluar versi terbaru iaitu 3.05. Untuk pengetahuan anda versi ini dikeluarkan pada 16 December 2008 (cuma saya saja lambat post entri ini...sorry la yer!). Bagi pengguna yang dah menggunakanya, boleh saja update versi baru ini. Yang belum menggunakan lagi tu, bolehlah download menggunakanya. Percuma je hehehe...

gravatar

Melihat Pejabat Website-Website Terkenal

Anda tahu bukan apa itu Google, Yahoo!, Mozilla, dan lain-lain website terkenal yang di dunia Internet ini. Tapi... Anda pernah tengok tak pejabat website-website ini? Hmm... macam mana agaknya pejabatnya yer? Mari ikut JomClick usha pejabat mereka di Office Snap Shots.

Hampir semua gambar-gambar office website terkenal diletakkan di situ. Rasanya company JomClick ada sekali tak? Hehe...

Nak tengok macam mana?

gravatar

Games Futsal Online


Kepada gamer-gamer yang berminat nak main games futsal secara online bolehlah bermain dengan permainan Kicks Online. Ianya percuma untuk di download dan install. Permainan ini menyediakan banyak client untuk bermain. Sebelum bermain anda mestilah mendaftarkan akaun terlebih dahulu.

Ini adalah info serba sedikit yang saya tahu iaitu, pemain-pemain yang di create di dalam akaun kita akan di naik level sekiranya skill permainan kita bertambah baik. Erk! Anda tak minat ke nak main? Jomlah try hehehe... Best ooo!

Klik Sini Free Download

A'ah kalau nak download tu, boleh la guna software Internet Download Manager untuk mempercepatkan download anda tu. Saya pun guna software ni je :)

gravatar

Team Viewer : Kawal PC Orang Lain


Dengan software TeamViewer, anda boleh mengawal komputer orang lain. Contoh, saya boleh memasuki dan menggunakan komputer anda melalui komputer saya. Hebat bukan? Jelas sekali perisian ini amat mudah digunakan. Anda hanya perlukan Host(tuan rumah) dan Client (tetamu) untuk mengakses servis ini. Jika anda yang mahu mengawal komputer itu, anda mestilah memilih Host.

Cara Penggunaan:
1) Bila buka perisian ini...(sila tunggu sebentar untuk dapatkan ID sendiri)
2) Host - Dapatkan ID dari Client
Client - Dapatkan ID dari Host
3) Click Connet to Partner

Dimana Mahu Download?

Host - http://www.teamviewer.com/download/TeamViewer_Setup.exe
Client - http://www.teamviewer.com/download/TeamViewerQS.exe

gravatar

Streamyx Aku Kembali Sihat

Hampir 4 bulan saya mengalami masalah dengan Internet menggunakan Streamyx. Apa yang terjadi? Saya pun tak pastilah masalahnya apa bila menggunakan Internet, dalam 10 minit main, connection internet teputus (lampu DSL terpadam). Lepas tu, connection ada balik lepas 15 saat macam tu. Lepas tu, lebih kurang 10 minit lagi, berlaku macam tu juga. Lepas tu, ada balik. Aaaah!!! Memang lecehlah. Kadang-kadang tengah download file yang berat contoh macam 60MB tinggal lagi 97% nak habis, connection Internet terputuslah. Memang bebal dibuatnya.

Banyak kali saya buat report, operator Streamyx suruh saya buat pekara yang banyak kali saya dah cuba buat iaitu:
1) Tengok kat TCP/IP
2) Cuba buat direct connection
3) Tukar kepala cable
4) Cabut semua cable dalam 15 saat lepas tu pasang balik

Penatlah buat benda yang sama. Dah la tu, nak kena on/ off pc pula. Last sekali, saya ambil jalan terakhir nak marah operator tu kalau dia suruh buat benda yang sama lagi! Saya pun telefonlah pihak Streamyx. Sekali yang jawab panggilan saya tu Minah mana entah? Suara merdu je. Hilang terus kemarahan saya. Cerita punya cerita dari A hingga Z, dia kata "saya rasa bukan masalah cable ni, ni masalah frequency lar". Lepas tu terus dia buat report.

Keesokkan harinya dalam pukul 11:15am sedang saya menjemur kain, datang 2 orang technician Streamyx. Saya pun terkejut sebab selama dok buat report, tak pernah lagi technician Streamyx datang. Lepas dia check semua cable-cable saya dia kasi kat saya Spliter baru. Lepas pada tu, Alhamdullilah Internet saya tidak lagi terputus-putus macam dahulu. Download speed pun dah mula laju. Kalau dulunya 15-20kb/s sekarang ni dah jadi 180-200kb/s (laju gak tu!)

Saya memang mengucapkan bebanyak terima kasih kat operator tu (sayang xsempat nak tanya nama dia, tidak boleh publish kat sini hehehe...) Rasanya dia yang tau masalah sebenar saya. Selama saya dok buat report kat operator-operator lain, sia-sia sahaja. Diorang tu memang tak boleh jadi bahagian Permasalahan Internet Streamyx. Tak reti apa yang terjadi kat pengguna. Hampeh!

gravatar

Meletak Website Lain Di Blog Post

Hari ini saya nak tunjuk sedikit hacking untuk anda yang berminat iaitu kita boleh meletakkan website (full page website) lain di blog post kita. Macam mana?

Di bawah ini saya tunjukkan sedikit contoh bila dah siap (ini adalah contoh website Youtube)




Jika anda mahu blog anda seperti itu, cuma copy html code di bawah ini dan paste ke dalam blog post.


<p></p> <table cellspacing="0" cellpadding="1" width="435" border="1"><tbody> <tr> <td valign="top" width="435"><iframe style="border-top-style: none; border-right-style: none; border-left-style: none; border-bottom-style: none" src="http://jomclick.blogspot.com" width="430" height="400"></iframe> <br /></td> </tr> </tbody></table> <p>


Gantikan website JomClick dengan website yang anda ingin paparkan. Setitis comment anda diperlukan sebagai sumbangan anda untuk blog JomClick. Terima Kasih.

gravatar

File Sharing Yang Terhad

Anda boleh hadkan tempoh file yang di kongsikan dengan Senduit. Contoh macam saya ada file yang hendak disharing di Internet dan saya set kepada 1 minggu, dengan ini file ini akan tamat tempohnya jika lepas 1 minggu (tak boleh download selepas 1 minggu)

Pergi ke Senduit DiSini

gravatar

Meletakkan Fungsi "Recent Post" Pada Blogger

Macam mana nak buat Recent Post ataupun Kiriman Terkini macam blog-blog lain? Caranya mudah sahaja. Ikuti cara-caranya di bawah ini

1. Login ke Blogger 
2. Pilih Layout > Page Element
3. Klik Add A Gadget/ Add Page Element
4. Pilih Feed
5. Masukkan "http://nama-blog-anda.blogspot.com/feeds/posts/default" di Feed Url > Continue
6. Tukar Title kepada Recent Post/ Kiriman Terkini
7. Klik Save

gravatar

What To Do Before Your Purse Or Wallet Is Stolen

No, I'm not saying that you're walking around town with a steal me sign on your handbag, purse or wallet but this type of theft is a common crime, not just in the United States, but worldwide. Also, you may lose your wallet on your own, like I did a few years ago, only to get a call from a police officer a couple days later who told me that a criminal had found it and was driving around with my wallet in his car. Due to that lucky traffic stop, I did not become a victim of identity theft, but millions of Americans are not so lucky so it's best to be prepared.

If your wallet has already been stolen please see the signature at the bottom of the article to learn what to do when your wallet is stolen. Here is some advice that can help before you lose your purse or wallet.

Make a copy of all of your credit cards and IDs, front and back. This will make it easier for you to replace any cards that are in your wallet when it is stolen or lost. Once you have made the copies, you will have each cards number and expiration date. And usually the number you need to call to report it lost or stolen is right on the back of the card, so you will have that too at your fingertips. Obviously, leave the copies at home. Do not carry them in your wallet, or that will have been a complete waste of your time.

Keep credit cards that you don't use often at home. Unless you are headed out to make a purchase with that emergency credit card, there's no need to take it with you. Instead, leave it behind in a safe place. That way it will still be available in case of the emergency of you having your wallet lost or stolen.

Never carry your Social Security card in you wallet or purse. Your Social Security number is the Holy Grail for identity thieves. With this number, they can not only access your accounts, but they can actually you, by using the number to obtain new credit. So imagine what the thieves can do with your credit cards, your driver's license and your Social Security number. Do not give them that opportunity.

Keep passwords and personal identification numbers to yourself. Don't tell this private information to others, unless absolutely necessary, and never write a password down on the card for the account it applies to, or anywhere else for that matter. Yes, you will have to take the time to memorize them, but it is for your own protection.

Consider an insurance policy. No, there is no insurance available that will replace your entire wallet for you, but many identity theft insurance plans come pretty close. For example LifeLock's WalletLock service will work to get all of your wallet's contents replaced, excluding the cash and family photos of course, with little effort required on your end.

And these identity theft insurance services can help to keep your personal information secure even if it falls, or is taken, into the wrong hands by putting a variety of safeguards on your accounts.

Article Source: http://EzineArticles.com/

gravatar

Pendekkan Nama Url

Salam Sejahtera. Alhamdulillah PC kita masih lagi berfungsi dengan megahnya untuk berbakti kepada tuannya. Jadi saya pun ingin menjalankan tugas saya seperti biasa sebagai seorang penulis blog yang tak seberapa ini.

Bagi yang rajin melayari internet tu, mereka tak akan terlepas dari mengklik blog-blog yang ada tak kira blog tu aktif mahupun pasif. Mereka akan tahu juga berjuta-juta blog yang wujud di Malaysia ini. Cuma blog ini popular atau menarik perhatian visitor itu atas daya kreatif mereka. *Saya pun harap blog yang saya bina ini, InsyaAllah dapat berdiri megah dan menarik ramai visitor untuk masuk ke blog saya. Promosi anda untuk blog ini amat dialu-alukan*

Ok, tanpa mengulas pangjang, saya ingin menunjuk sedikit tips untuk anda yang sudah mempunyai blog, url atau site sendiri, ataupun webmaster. Kalau rasa blog ataupun url anda panjang sangat nak ditulis untuk tujuan post kepada orang lain, inilah rahsianya iaitu dengan membuat Compress url, url yang panjang boleh dipendekkan.

Tahukah anda bagaimana caranya?
Contoh url saya begini http://www.sayamempunyaiurlyangamatpanjangsangat.com. Jadi ianya amat susah dan melambatkan untuk menulisnya. Jadi bagaimana nak menyelesaikannya? Saya hanya memendekkan url ini dengan menjadi http://tinyurl.com/5dceav. Amat pendek bukan? Ia tak bermaksud anda telah tukar url ataupun domain anda. Ini antara website Compress url yang saya dah cuba dan ianya agak bagus. Antaranya:







*** Kalau ada cadangan, boleh post di comment Jom Click :D ***

gravatar

Tambah Teks Di Atas Gambar

Bagi yang newbie (macam saya), memang agak susah nak tambahkan perkataan di atas gambar yang dikehendaki. Ia memerlukan software mengedit gambar dan juga daya kreatif. Roflbot adalah penyelesaiannya. Perkhidmatan ini digunakan secara online. Jadi anda cuma ikut arahan, lepas tu semua dia buat sendiri. Untuk ke websitenya boleh Klik Sini

Antara website lain:

gravatar

Cara Melajukan Adobe PDF

Bagi anda selalu membaca Ebook menggunakan Adobe PDF Reader, anda tentu menunggu sistem dalaman pdf itu habis runningkan. Di sini saya akan berikan tip pada anda untuk membuang punca lambatnya adobe reader tersebut.

1. Langkah pertama, anda perlu buka folder program file sebagai contoh
C:\Program Files\Adobe\Acrobat 8.0

2. Langkah kedua, buka plugins folder, highligt semua (keyboard shortcut: Ctrl+A) dan cut/potong (Ctrl+X. Buat folder backup plugin. Paste/tampal file yang anda cut tadi ke folder backup.

Cuba buka semula Adobe PDF Reader.
Selamat Mencuba!

gravatar

Kunci Pintu Ini Sesuai Untuk Anda?



Kita selalu beringat, balik dari mana² tempat, bila nak masuk bilik, check dulu sama ada pintu rumah ke pintu kereta ke kunci tak lagi? Motif penunjukkan gambar di atas ialah "Janganlah Kita Selalu Lupa dan Lalai Walaupun Sesaat". Jangan sampai nak pasang master lock macam tu pula? Hehehe... Jadi peringatan yang di sampaikan ini buat kita bersama.




gravatar

Balasan Orang Yang Meninggalkan Solat

Sekadar renungan dan ingatan. Maklumlah, dalam menempuh kehidupan yang mencabar, membuatkan kita sering terleka tanpa kita sedari ada pekara yang utama dari semua pekara iaitu mengerjakan solat 5 waktu. Ingatan ini juga untuk semua rakan² seperjuangan dan termasuk juga diri saya.

Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar?"
Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Solat Subuh
Barang siapa yang meninggalkan solat Subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Solat Zohor
Barang siapa yang meninggalkan Solat Zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Solat Asar
Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Solat Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Solat Isya'
Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Semoga info yang di berikan ini memberi manfaat kepada anda dan juga diri saya.

gravatar

Macam Mana Nak Blok Website?

Salah seorang pengguna Internet bertanyakan saya "Anak saya selalu main internet, tapi saya bimbang ler takut dia masuk website yang berunsur porno. Ada tak cara nak blok website dari dimasuki?"

Menghalang website² yang tak berfaedah dari di masuki ada caranya. Contohnya website porn, sex, virus dan sebagainya. Kalau nak pakai software untuk blok ada juga , tapi berbayar ler. Kalau tak nak, boleh pakai cara manual dengan mudah. Ikuti langkah² di bawah ini.

1. Klik Start -> All Programs -> Accessories -> Command Prompt
2. Klik Command Prompt (satu paparan Windows hitam akan keluar)
3. Taip ini di Command Prompt: notepad C:/Windows/System32/drivers/etc/hosts
4. Akan keluar file notepad seperti ini

5. Contoh nak blok website www.youtube.com, cuma letakkan code localhost dan nama website di bawah 127.0.0.1 localhost seperti ini

6. Save file itu (jangan save as)

Selamat Mencuba!!!

Lebih banyak artikel di Arkib :)

gravatar

Backup Blog Melalui Multiply

Kini anda boleh backup blog anda secara automatik di http://multiply.com. Anda harus memiliki account Multiply dahulu. Selepas itu, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1) Di Multiply, klik My Account


2) Pilih Posting via Email


3) Masukkan code rahsia untuk posting via email pada field yang disediakan, lalu tekan Save



Di Multiply sudah selesai, sekarang anda harus ke Blogger

1) Dari Dashboard pilih Setting
2) Pilih Email
3) Pada BlogSend Address, masukkan email rahsia yang kita telah setting di Multiply


4) Klik


5) Kalau sudah muncul maka sudah selesai


Selepas ini, semua entri kita di Blogger akan terus di transfer ke Multiply. Pilihan lain, anda boleh backup blog anda di http://blogbackuponline.com

Thanks to Ezze

gravatar

Dapatkan Template Blogger Yang Professional

Tengah saya melihat blog saya, satu ilham datang dan tanya pada diri saya ini. "Blog aku ni boleh tukar template lain tak?". Saya pun sepantas kilat surf internet dan cari pasal template ataupun orang panggil juga skin dan themes. Alhamdullilah ada juga. Di sini saya ingin berkongsi template menarik untuk para Blogspot yang berkeinginan untuk memiliki template yang lain selain dari yang di beri oleh pihak Blogspot. Tidak perlu berbayar. Percuma je. Boleh pergi ke websitenya terus.

Fresh And Modern Blogger Template

50 More Beautiful Blogger Templates


Yang lain antaranya yang boleh didapati:

1) http://freetemplates.vietnam-blogger.com/
2) http://www.freecsstemplates.org/
3) http://www.dstudiobali.com/free-blogger-template/
4) http://charmskins.com/blogger-themes
5) http://www.finalsense.com/services/blog_templates
6) http://freeskins.blogspot.com
7) http://www.finalsense.com
8) http://free-blogger-templates.zeventina.com
9) http://www.blogskins.com
10)http://www.jackbook.com
11)http://www.pyzam.com/bloggertemplates
12)http://www.geckoandfly.com/blogspot-templates/
13)http://www.template-godown.com/
14)http://www.idwebtemplate.com

gravatar

Multi ID : Login Banyak Id YM, MSN, GTalk Pada 1 Komputer

engan menggunakan Multi ID, anda kini boleh login dan online banyak Id Yahoo! Messenger ataupun juga di panggil YM di dalam PC secara serentak. Selain YM, aplikasi ini boleh juga di gunakan di MSN dan juga GTalk. Bagi anda yang mempunyai lebih dari satu Id bolehlah login secara serentak pada satu masa. Di bawah ini saya sertakan link untuk download:

Multi ID - DOWNLOAD

Disable Multi ID - DOWNLOAD

gravatar

Berhati-hati Ketika Menggunakan PC Di Tempat Umum

Informasi ini saya postkan agar anda tidak terkena dengan 'jerat' teknologi sekarang. Hati-hatilah jika anda mengguna PC di tempat umum seperti Cybercafe ataupun Internet Cafe untuk akses internet.Cuba cek belakang PC yang anda sedang guna dan lihat apakah alat ini ada di belakang PC? Kalau ada jangan sesekali guna PC itu!



Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yang terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yang telah ditaip oleh keyboard itu. Alat ini akan record apa yang dibuat. Kebanyakan alat ini sering diguna pakai di Internet Kafe, pameran, hotel dan lapangan terbang. Maka berhati-hatilah terutama anda yang menggunakan internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.



Bagaimana alat ini berfungsi?
Contohnya anda masuk/login ke account bank, setelah selesai anda pun logout seperti biasa dan meninggalkan PC. Walaupun PC anda sudah di offkan, alat itu dengan mudahnya untuk membuka account itu kembali dengan apa yang sebelumnya anda tekan dan di record alat tersebut, telah tersimpan di dalam Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika ada sesuatu yang mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan internet di tempat umum untuk mengakses site penting. Semoga informasi ini berguna untuk anda semua dan mencegah terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan.

P/s : Kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat yang mengenali saya mahupun yang tidak mengenali saya. Yang tengah bersiap-siap nak balik kampung tu, berhati-hatilah di jalan raya. Jadilah pemandu yang berhemah.

gravatar

Chromifox : Mozilla Firefox Menjadi Google Chrome


Sejak Google mengeluarkan browser Google Chrome beberapa waktu yang lalu, makin ramai orang yang menggunakan browser tersebut. Salah satu yang memikat dari Google Chrome adalah tampilannyaa yang sangat menarik dan mesra pengguna. Namun banyak juga pengguna yang kecewa, kerana di Google Chrome masih banyak kekurangannya. Maklumlah, baru di peringkat BETA. Jadi untuk para pengguna Firefox yang minat dengan tampilan seperti Google Chrome tapi kualitinya masih dalam Firefox juga boleh menggunakan Chromifox.

Untuk mengdownload Chromifox KLIK SINI (mesti mempunyai browser Mozilla Firefox)

Jika anda belum mempunyai browser Mozilla Firefox download DI SINI

gravatar

Layari Internet Di Handphone Secara Percuma

Tutorial ini bagus juga untuk anda yang 'kerap' melayari internet di dalam handphone anda. Saya tidak pasti, berapa caj yang dikenakan untuk melayari internet di dalam handphone. Jadi, kepada yang ingin bertukar haluan pula, anda boleh melayari internet secara percuma dengan mengubah sedikit setting di handphone anda. Ingin mengetahui bagaimana hendak melakukan setting...

Anda boleh pergi ke website ini>>> Akses Internet Percuma


Credit To Daniel :)

gravatar

Winrar : Software Untuk Kecilkan File


Anda selalu download file² dari internet? Pernah ke anda terjumpa file .rar yang tidak boleh di buka? Sememangnya anda belum ada software Winrar. Anda perlu menginstall file tersebut. Fungsi ini dibina supaya kita boleh pecahkan satu file menjadi beberapa file, untuk beberapa tujuan. Antaranya:
1) Satu video bersaiz 1GB boleh dialih menggunakan 2 pendrive bersaiz 512MB
2) Satu file bersaiz 200MB boleh diupload ke MediaFire yang hadnya cuma 100MB sahaja
Fungsi lain ialah, mengecilkan file tersebut hingga 50%.

Anda boleh download software ini percuma KAT SINI JE :)

Nak pergi ke website rasmi HERE

gravatar

Apa Keistimewaan Website Meebo

Ada seorang pengguna Internet bertanyakan saya, "apa keistimewaan yang terdapat di Meebo hinggakan ramai yang menyebut pasal Meebo?"

Lalu jawapannya:
Meebo salah satu website yang menyediakan perkhidmatan Instant Messenger (IM) yang menggabungkan IM yang terkenal di dunia seperti Yahoo! Messenger, Google Talk, MSN dan banyak lagi (anda boleh pilih je)

Kelebihannya juga ialah pengguna yang tidak menginstall atau tiada software IM contoh seperti software Yahoo! Messenger boleh login di Meebo dengan menggunakan login ID Yahoo Messenger, begitu juga dengan IM lain.

Selain itu, anda boleh create chatting room sendiri dengan Meebo dan boleh mengajak rakan-rakan anda untuk berchatting di room anda.

Go to Meebo - www.meebo.com

gravatar

Macam Mana Nak Format Handphone Nokia?

Hari ini saya ada tutorial baik sikit untuk pengguna handphone Nokia yang selalu handphonenya 'terhinggap' virus ataupun yang selalu bawa pergi ke kedai untuk format handphone. Sekarang anda boleh mencuba sendiri untuk memformat handphone semudah ABC. Ikuti langkah-langkah di bawah ini.

1) OFFkan handset dan tunggu sehingga 5 minit
2) Tekan butang CALL (green button)
3) Tekan butang NO 3
4) Tekan butang bintang *
5) ONkan handset dan jangan lepas satu pun butang tadi
6) Tunggu sehingga perkataan FORMAT atau FORMATTING keluar di screen

Peringatan : Data yang terdapat di dalam handphone anda akan hilang. Handphone anda
akan kelihatan seperti baru di beli :)

gravatar

USDownloader : Download Dengan Mudah Di Rapidshare

Rapidshare merupakan tempat untuk mengdownload file yang di sharing. Memang di akui Rapidshare adalah File Hosting terbaik di dunia kerana para pengguna internet yang tidak memiliki hosting sendiri biasanya akan mengupload file,software,program,dokumen dan lain-lain lagi menggunakan hosting dari Rapidshare.

Namun Rapidshare memiliki kekurangan untuk pengguna yang tidak memiliki "account premium" akan sedikit menemui kesulitan ketika download kerana Rapidshare tidak membenarkan pengguna ini mengdownload banyak file. Untuk mengatasi masalah ini saya akan memberikan anda sebuah program agar anda lebih mudah ketika ingin mengdownload file dari Rapidshare tanpa menggunakan "account premium".

USDownloader adalah tools seperti Internet Download Manager (IDM). Dengan software ini kita dapat mengdownload sesuatu file di Rapidshare tanpa harus melalui browser. Cukup hanya memasukkan alamat url/link file tersebut.


Dan USDownloader ini bukan sahaja untuk Rapidshare, malah kita boleh gunakan juga untuk File Hosting yang lain seperti Megaupload, Megashare, 2shared, 4shared, File Upload, Send Space dan banyak lagi.

Dan anda boleh mengdownload softwarenya DI SINI

gravatar

Google Chrome Harus Di Cuba!

Salam sejahtera semua. Pada artikel yang lepas saya telah menceritakan sedikit sebanyak tentang browser Mozilla Firefox. Kini, Google juga telah melancarkan browser sendiri yang dikenali sebagai Chrome @ Google Chrome.


Google Chrome adalah pelayar web ataupun browser yang berkonsepkan open source. Dan ianya juga akan bersaing secara terus dengan browser lain seperti Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera dan lain-lain.

Google Chrome adalah browser yang pantas, ringan dan memiliki interface yang ringkas dan senang digunakan. Bebarapa fungsi yang terdapat pada Google Chrome ialah:
· One box for everything
· New Tab page
· Application shortcuts
· Dynamic tabs
· Crash control
· Incognito mode
· Safe browsing
· Instant bookmarks
· Importing settings
· Simpler downloads

gravatar

Download Mozilla Firefox 3.0.4 Final Terbaru


Anda sudah tahu bukan apa itu Mozilla Firefox? Kepada yang belum tahu biar saya jelaskan. Mozilla Firefox merupakan salah satu pelayar web ataupun di panggil juga browser terbaik di dunia ketika ini. Mozilla Firefox kini telah release versi terbarunya iaitu Firefox 3.0.4 Final. Versi ini dikeluarkan untuk memperbaiki dan menyempurnakan beberapa bug dan kekurangan yang terdapat pada versi sebelumnya iaitu pada Firefox 3.03 sehingga pada versi yang baru ini Web Browser Firefox makin kukuh dan bagus untuk digunakan.

Antara yang menarik pada Firefox 3.0.4 adalah terdapat beberapa penambahan bahasa baru iaitu Icelandix, Thailand, Bulgarian, Esperanto, Estonian, Latvian, Occitan, dan Welsh.

Dan yang pastinya FireFox 3.0.4 jelas lebih baik dan sempurna dibandingkan Firefox 3.0.3 . Jadi, jika anda masih menggunakan versi Firefox 3.0.3 boleh segera untuk melakukan update. Untuk update dan download Browser Mozilla FireFox 3.0.4 boleh mengklik link di bawah ini.

gravatar

Tontoni Cerita Kartun Versi Melayu

Hai, tajuk posting kali ini mungkin lain sikit. Tapi tidak mengapalah. Kepada sesiapa yang berminat dengan movie kartun Jepun versi Melayu yang agak popular ini seperti Shin Chan, Doraemon atupun Detective Conan, anda kini boleh menontonnya DI SINI .

Baru² ini saya teringin menonton cerita Detective Conan iaitu cerita kegemaran saya (besar² pun tengok cartoon lagi ke?), sedang saya surf di internet, saya terlihat website yang mengandungi banyak movie anime Jepun yang versi Melayu punya. So, apa tunggu lagi, saya pun terus masuk and tengok lar. Layan je.

Bagi yang tak berminat tu maaflah, mungkin anda boleh lihat artikel saya yang lain. Maklumlah, website saya ini bukan sahaja dilawati oleh orang dewasa malah kanak² mahupun remaja juga turut melawati website saya ini.

gravatar

Jom Buat Bandar

MyMiniCity adalah satu permainan online membina bandar sendiri. Dari sebuah petempatan yang kecil, setiap kali anda masuk melawat atau kawan-kawan anda yang datang melawat ke bandar anda melalui url anda, seorang penghuni baru akan bertambah dan bandar anda akan semakin maju. Permainan ini amat mudah untuk di jalankan. Cuma melawat setiap hari dan anda boleh majukan bandar anda itu.

Untuk membuat bandar sendiri KLIK SINI

gravatar

Driver CD : All Windows Driver For Xp


Hai, tutorial baru yang saya akan posting kali ini ialah mengenai Driver For Windows Xp. Baru² ini PC kawan saya telah di masuki virus. Nasib baik virus ini agak baik sebab dia tak kacau file²and data penting yang ada. Cuma virus ni delete Driver² yang ada je (pesyen tu pn ader? hehe...)


Memang saya akui Driver yang wujud di dunia ni banyak yang tak sama. Kalau ada CD Driver takpe lah. Install balik je. Masalahnya tak ada CD Driver ni yang susah sikit. Nak cari and download Driver dalam internet sukar la juga. Kadang² bila kita download, bila buka file Driver, corrupted la pula. Mujurlah ada penyelesaiannya. Saya gunakan Universal Driver CD. Fail ini dalam format .iso, hanya perlu di burn ke dalam CD dahulu lepas tu masukkan ke dalam Optical Driver dan Insya-Allah secara automatic Windows akan install Driver² yang diperlukan. Sungguh mudah.

Untuk pengetahuan anda, fail ini mengandungi 25000 hardware Drivers dari pelbagai jenama contohnya Dell, IBM, HP, Toshiba,Compaq, Sony, Panasonic begitu juga hardware component manufactures Intel, nVidia, ATI, Via, Soundmax, 3Com dan etc :)

Download File & burn ke dalam CD:


gravatar

Website Percuma Web Domain Nama Sendiri


Anda ingin membina website? Tapi tak ingin pakai domain/alamat website seperti blogspot? Anda boleh bertukar atau membina website dengan domain percuma di http://www.co.cc/?id=137121
Tapi jika anda ingin pakai domain blogspot anda boleh dapatkannya di http://www.blogger.com/ .

gravatar

3D Desktop : Antara Yang Terpilih?


Klik pada video jika mahu paparan yang lebih besar dan jelas

Baru² ini saya telah mengpost entri berkenaan 3D for desktop iaitu Yodm3D: 3D Untuk Windows Xp Dan Vista. Baru tadi, dalam saya melayari internet saya terjumpa beberapa 3D desktop yang menarik untuk anda. So, di sini saya ingin menyenarai beberapa aplikasi 3D yang bagus untuk 3D desktop.

Jika anda mahu aplikasi ini dibawa ke mana², saya syorkan anda menggunakan:

a) Yodm3D - Terdapat dalam 3D Cube Desktop sahaja. Kelebihannya, boleh mengheret windows yang di buka ke desktop lain. Download Yodm3D
b) Shock4Way3D - Ada beberapa jenis 3D yang menarik seperti 3D Cube Desktop, 3D Flip, 3D Inside, 3D Wave Cube, 3d Grid. Download Shock4Way3D

Aplikasi ini pula lebih bagus dari dua yang atas, tapi kena install dahulu. Sesuai untuk pengguna yang tidak berkongsi computer ataupun laptop:

a) CubeDesktop - Cube 3D boleh bergerak hingga 360°. Terdapat banyak bentuk 3D. Performance lebih bagus * Saya sekarang guna yang ini :) * Download CubeDesktop For Free

gravatar

Google Dekstop : Gadget Seperti Vista Di Windows Xp


Google Dekstop adalah salah satu software yang telah di perkenalkan oleh Google. Aplikasi ini lebih kurang seperti gadget di Vista. Namun, jika anda masih menggunakan Windows Xp, ada baiknya anda menggunakan software ini. Bukan sahaja mencatikkan, malah mempercepatkan urusan harian anda. Jika anda berminat, anda boleh mengdownload di http://desktop.google.com/

gravatar

IE : Internet Explorer 8 Dah Keluar?

Internet Explorer 8 dah keluar ke? Hmm.. Memang dah keluar pun. Nak cuba try test ke? Boleh aje. Cuma IE 8 ni masih di tahap Beta. So ada la spepat yang tak berpa nak cukup lagi. Kalau nak try bolehlah

Download Internet Explorer from FileHippo.com

gravatar

Rocket Dock : Cantik, Menarik Dan Ringkaskan Dekstop Anda

Pernahkah terjadi, file² di dalam desktop anda terlalu banyak? Jadi kenapa anda tidak mencuba satu perisian yang menarik iaitu Rocket Dock. Perisian ini boleh mencantikkan dan meringkaskan file² yang berada di desktop menjadi satu deretan yang kemas dan rapi. Anda boleh melihat screenshot di bawah ini.

Anda tidak perlu lagi berserabut dengan file² yang banyak berada di desktop anda kerana ini boleh mengeruhkan pemandangan computer anda. Tambahan pula, perisian ini tidak membebankan computer anda kerana saiznya yang kecil. So, apa tunggu lagi?


*** Sesuai untuk Windows Xp & Vista ***
P/s: Untuk pengguna Windows Xp, nak cantik lagi cuba pakai theme Vista :)

gravatar

5 Website Yang Wajib DiKetahui

1. Google - www.google.com
~ Google merupakan enjin carian paling berkuasa pada masa kini. Adakah anda masih menggunakan Yahoo untuk mencari maklumat? Jika ya, cuba anda tukar ke Google pula

2. Download.com - www.download.com
~ Sumber software anda. Download.com menyediakan bermacam-macam perisian dari pelbagai kategori yang anda boleh muat turun secara percuma. Tips: jika anda hanya inginkan freeware, pastikan filter ditetapkan kepada free

3. Digg - www.digg.com; Del.icio.us - http://del.icio.us; StumbleUpon - www.stumbleupon.com
~ Maaf, saya tak dapat pilih antara tiga link ini, kerana semuanya hebat-hebat! Ketahui informasi yang terbaru dan terhangat, pengetahuan am yang berguna, serta laman web yang menarik. Kesemuanya ada dalam ketiga-tiga perkhidmatan ini

4. Wikipedia - www.wikipedia.org
~ Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan sesuatu perkara, rujuklah pada Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia yang paling lengkap dan paling cepat berkembang. Juga merupakan syurga dunia bagi para pelajar, segala jawapan bagi assignment anda ada di sini

5. YouTube - www.youtube.com
~ Youtube semestinya website kegemaran saya, namun tidak dinafikan ianya merupakan laman web yang paling kerap dikunjungi di seluruh dunia. Laman web ini menyediakan video klip percuma untuk ditonton, merangkumi semua topik dari pembelajaran hinggalah kepada lawak jenaka. Ingat, gunakan laman web ini sebaik-baiknya dan ingatlah had dan batas kita sebagai seorang Muslim

gravatar

FoxitReader : Pembuka File PDF Yang Laju

Foxit Reader adalah software yang boleh membuka file berbentuk PDf seperti Ebook. Software ini jauh lebih bagus dari Adobe Reader kerana kelajuan file yang dibuka berkali ganda pantas dari Adobe Reader. Ramai rakan² saya telah bertukar dari Adobe Reader ke Foxit Reader. Tapi, kepada pengguna² yang masih lagi berminat untuk mengguna Adobe Reader tidak mengapa, teruskan. Tapi tak salahkan kalau kita mencuba dahulu kemudian baru buat kesimpulan kan?
Jadi kepada sesiapa yang ingin menggunakan software ini bolehlah pergi ke website ini www.foxitsoftware.com

gravatar

Berapa Nilai Mata Wang Kita?

Adakah RM1 kita bernilai untuk dunia? Berapa nilainya kalau di bandingkan dengan mata wang dunia, seperti USD, EUR? Ingin tahu? Semak nilai mata wang di www.xe.com . 


P/s: Sesuai juga untuk usahawan² yang selalu bertukar mata wang USD ataupun EUR :)

gravatar

UltraSurf : Layari Internet Tanpa Di Sekat

Assalamulaikum, selamat bertemu semula. Mmm... agak gembira juga saya di kem sana. Banyak pengalaman yang saya timba di sana. Suara saya pun dah naik keruh. Jadi tanpa meneruskan cerita panjang saya, saya kembali dengan tutorial baru untuk dikongsi bersama anda. Tutorial ini ialah dengan menggunakan UltraSurf anda dapat melayari internet tanpa sempadan dan sekatan. Jika dahulunya di sekolah atau di universiti memblock website² yang kita suka seperti Youtube, Friendster, Myspace. Sekarang ini, Insya-Allah dah boleh. Anda hanya perlu meng"run" application ini sahaja. Tidak perlu install.

Caranya:
1) Buka apllication UltraSurf
2) Guna IE dan masuk website yang telah di halang
3) Surf macam biasa

* Kalau guna browser selain IE contohnya Firefox, Opera dll kenalah setting proxy dulu
HTTP Proxy : 127.0.0.1 Port : 9666

Ataupun di bawah ini anda boleh melihat IP yang digunakan oleh Ultrasurf

Ultrasurf 9.2

65.49.14.12
65.49.2.15
65.49.2.26


Ultrasurf 9.3

65.49.2.22
65.49.2.18
65.49.14.14

gravatar

Firefox : Tips Untuk Melajukan Surfing

Hari ini tamatlah sesi pengajian saya pada tahun ini. Bertemu pula kawan² yer pada tahun depan :) Dan keesokkan harinya 13 Nov, saya ingin bertolak ke kem untuk satu aktiviti lasak selama seminggu. So, saya mungkin tidak akan mengepost artikel² yang menarik untuk dikongsi bersama anda. Jadi sebelum saya meninggalkan anda untuk sementara, saya akan tunjukkan tips untuk melajukan pelayaran internet anda menggunakan Mozilla Firefox ok!

1. Buka firefox anda, dan taip kat address tu ----> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpai nt.delay ............ .. pastu set 300

Kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada -----> 0

Kalau masih tidak suka dgn kelajuannya. .. cuba yg ini pula, type skali lagi ----> about:config

1. Tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http. pipelining
network.http. proxy.pipelining
network.http. pipelining. maxrequests

2. Double click kat situ untuk tukar false tu kepada true, contohnya -

network.http. pipelining - true
network.http. proxy.pipelining - true
network.http. pipelining. maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)

3. Pastu type skali lagi -----> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut --->
nglayout.initialpai nt.delay
set kepada 0

Dan restart firefox anda (tutup dan buka semula)

***Kepada pengguna Streamyx, kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing. Anda boleh test. Selamat Mencuba***

P/s: Doa-doakan saya selamat dan bahagia di sana... bye2

gravatar

Firefox : Pengenalan Ringkas Tentangnya

Mozilla Firefox - juga dipanggil 'Firefox' - secara umumnya cuma satu Internet browser yang percuma, sama seperti Internet Explorer sebagai contoh. Mozilla dengan erti kata lain menyediakan satu kumpulan software lengkap untuk aplikasi web seperti browser, bersama mail client, chat client dan banyak lagi.

Firefox Terlalu Popular ? Jadi, mengapa Firefox terlalu popular berbanding produk-produk Mozilla yang lain?


Kerana ia merupakan satu aplikasi ringkas, jadi anda tidak perlu bertukar kepada aplikasi lain secara tiba-tiba sedangkan anda amat menyukai aplikasi yang anda gunakan sekarang seperti Outlook Express, mIRC, dll. Anda boleh muat turun Firefox dan gunaknnya bersam-sama aplikasi web-based yang lain - Internet Explorer pun boleh - tanpa perlu menghadi sebarang masalah.

Anda tidak perlu lagi install pelbagai software untuk setiap fungsi yang anda ingin gunakan, cuma tambahkan extension yang anda ingin gunakan dalam Firefox. Sekurang-kurangnya anda dapat jimatkan ruang cakera keras anda untuk install pelbagai aplikasi yang anda ingin gunakan.

"Ok" anda jawab, "Saya malas...kenapa saya perlu muat turun. install dan tweak Firefox - kenapa saya tidak boleh terus je gunakan Internet Explorer?"

Pertama sekali, tiada sebab anda tidak boleh gunakan kedua-dua browser sekaligus. Artikel ini bukan untuk membuktikan bahawa Microsoft merupakan Jin Ifrit. Internet Explorer 7 merupakan browser yang bagus, tetapi alasan yang paling kukuh untuk anda bertukar kepada Firefox adalah kerana top-notch security, Firefox ada ciri-ciri tambahan yang tidak mampu difikirkan oleh logik akal yang sudah pasti tiada dalam Internet Explorer. Firefox boleh di'customize' dalam pelbagai cara yang mana tidak berlaku pada Internet Explorer.

Firefox berubah/evolusi dengan pantas kerana ia merupakan aplikasi sumber terbuka / open source software, ia ada komuniti dan developer yang sanggup menghabiskan banyak masa dan usaha dalam memberikan respon yang pantas kepada keperluan pengguna, membaiki sebarang 'vulnerability' yang ingin 'exploit' secepat mungkin, dan merubah Firefox kepada satu browser yang perlu ditandingi. Secra fakta, developer memerlukan idea daripada pengguna untuk memberikan idea kepada mereka supaya ciri-ciri baru dapat dicipta dalam versi Firefox yang akan datang.

Download Mozilla Firefox

gravatar

Yodm3D : 3D Untuk Windows Xp Dan Vista

Ingin nampak windows anda bergaya dan cantik seperti Linux? Inilah aplikasi Yodm 3D. Buat windows anda menjadi 3D Cube seperti di atas. Untuk guna aplikasi ini, tidak perlu install. Hanya 'run' dan boleh di gunakan. Klik Di Sini Untuk Download

Cara untuk menggunakan:
1) Klik aplikasi Yodm 3D
2) Tekan Ctrl + Shift untuk active
3) Jangan lepaskan Ctrl + Shift dan heretkan dekstop anda ke kiri atau ke kanan

Requirements:
*Windows XP/Vista
*Graphic Card with DirectX 9 support

p/s: Seronok juga main 3D ini. Lebih kurang macam Linux ler. Tapi kalau nak lebih mantap, lebih baik pakai Linux. Belajar linux di Melayubuntu :)

gravatar

Semak Alamat Ip Anda Dengan Mudah



Anda boleh check ip address anda di laman web ini
1) www.ip-adress.com (bersertakan alamat daerah)
ataupun
2) www.cmyip.com

gravatar

Tengtang Saya Hari Ini : Seronok Tapi Menakutkan?

Hari ini 11 November, pekara yang menyeronokkan iaitu saya pergi bermain badminton setelah hampir 2 tahun tak sentuh raket, apatah lagi nak main badminton. Mengisi masa lapang yang masih kosong. Kawan² saya mengajak saya bermainnya di satu tempat. Sesampainya di sana, perasaan saya mula gundah-gelana kerana melihat pusat badminton yang tak macam tempat bermain badminton pun. Lebih kurang tempat seludup barang haram je. Dah la tu, di dalamnya bila duduk terasa lebih kurang macam hutan. Walaupun hati kecil ini risau, tapi hati besar rasa seronok kerana sudah lama tak bermain badminton :) Dan ini antara gambar² yang saya sempat candid he..he..he.. Klik pada gambar untuk paparan besar :)




gravatar

Pc Fair Disember 2008 Datang Lagi!

Di bawah ini adalah beberapa lokasi Pc Fair akan 'mendarat' pada Disember 2008 ini.

5 - 7 December 2008 ~ (11:00 am - 9:00 pm)
~Penang International Sports Arena, Penang
~Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah
~Central Square, Sungai Petani, Kedah
~Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang

12 - 14 December 2008 ~ (11:00 am - 9:00 pm)
~KL Convention Centre, Kuala Lumpur
~Mahkota Parade Melaka, Melaka
~Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak
~Batu Pahat (BP) Mall, Batu Pahat, Johor

19 - 21 December 2008 ~ (11:00 am - 9:00 pm)
~Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru
~Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
~Dewan 2020, Kangar, Perlis
~Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor

Bolehlah bersiap sedia untuk perang PC. Jadilah pengguna yang bijak!

gravatar

Tidak Perlu Register Pun Boleh Login?


Anda boleh masuk ke website yang perlu login tanpa anda registernya dahulu dengan BugMeNot. Anda boleh berkongsi username dan password untuk masuk ke website yang memerlukan anda login. Pilih saja website apa yang hendak anda layari, dan dapatkan username dan password percuma untuk anda :D

gravatar

Jadikan Gambar Anda Sebagai Muka Majalah

Anda boleh edit gambar anda secara online dengan menjadikan gambar anda itu sebagai muka depan di majalah. Pergi ke websitenya http://www.magmypic.com/

gravatar

Lindungi PC Anda Dari Virus USB Drive


Saya baru jer jumpa satu software baru nama Ninja Pendisk. Software free ni kata dia boleh menghalang komputer anda dari dijangkiti virus yang datang dari USB pendrive. Tiada keperluan untuk konfigurasi aplikasi ini walaupun ianya mempunyai option konfigurasi.
Software ini adalah portable, bermakna anda tak perlu install untuk menggunakannya. Sangat sesuai untuk pelajar2 kolej dan universiti yang selalu berkongsi komputer di makmal yang biasanya tidak mempunyai “administrative rights” untuk install software baru.
Selepas melarikan software ini, ia akan berada di taskbar windows anda dan menunggu USB drive dimasukkan. Sekiranya ada virus dikesan, ia akan mengeluarkan paparan dan membersihkan virus itu secara automatik. Satu paparan akan dikeluarkan sekiranya virus berjaya dibuang.

Komen: Saya percaya ini adalah software yang bagus untuk beginner dalam mencegah virus dari USB tapi saya tiada kesempatan untuk mencuba keberkesanannya kerana pada masa ini, saya tidak mempunyai virus dalam thumb drive.
 
Kelebihan: Saiz yang kecil, aplikasi portable dan ada LAN chat client.


Sumber: www.SembangKomputer.com

gravatar

MLife : Social Network Di Dalam Mobile Anda

Anda sudah tahu bukan Friendster ataupun Myspace ataupun Xanga atau apa-apa sahaja website yang berkenaan community. Website ini teleh memberi kita kemudahan untuk mencari rakan, berbual-bual dan bermacam-macam lagi. Begitu juga dengan Mlife. Boleh online di PC mahupun di mobile anda. Cume yang menyeronokkan saya, Mlife ini PERCUMA jika kita online di mobile (kira kredit tak makan ler). Jika anda mahu online di PC ini websitenya www.mymlife.com.my . Di mobile pula, anda taip website ini http://wap.mymlife.com.my dan selamat untuk melayarinya.

Kepada sesiapa yang tidak pernah masuk lagi tu, kenalah register dahulu. Lepas tu macam biasalah, upload gambar anda. A’ah sebelum masuk, kena ada dulu GPRS/3G yer :)

p/s: Saya hanya cuba di rangkaian Hotlink dan Maxis sahaja. Rangkaian lain belum cuba lagi. Maaf ye! Kalau nak boleh cuba try test :D

gravatar

File Converter Zamzar Sesuai Untuk Kita!

"Apa maksud awak dengan tajuk di atas ni?". Biar saya terangkan, Zamzar adalah salah satu converter yang terkenal. Bermacam-macam jenis file boleh di convert. Zamzar juga di panggil sebagai Online Converter kerana tidak perlu install di PC hanya direct ke websitenya. File jenis video pun boleh di convertkan. Bagi saya, ia amat sesuai juga untuk kerja² Office. Caranya begini
1) go to Zamzar website
2) upload file
3) pilih jenis file yang anda ingin tukarkan
4) masukkan email anda
5) buka email dari Zamzar dan klik link untuk download (email dari Zamzar mungkin akan di terima dalam 2 minit selepasnya,tapi takpe, tunggu sekejap je)

KLIK SINI untuk pergi ke website Zamzar

gravatar

Perkataan Terbalik >>ʞılɐqɹǝʇ uɐɐʇɐʞɹǝd<<

Hai, boring ke? Kalau dah boring sangat tu, bolehlah tambahkan 'kepeningan' anda dengan mencuba ini > Terbalikkan Perkataan Anda. Dan anda boleh copy perkataannya untuk hantar ke rakan² anda. Ini webnya >> Flip <<. Selamat Mencuba!

gravatar

Test Kelajuan Internet Di Sini



Anda tahu berapa kelajuan internet anda sekarang? Ataupun kadang² internet rasa slow je. So ada beberapa website yang boleh kita test internet speed. Kat sini saya list dua website sahaja yang agak popular untuk test internet speed anda iaitu:
2) speedtest.izzi.com.my (saya syorkan yang ini)

*Kalau internet speed anda lebih dari 800kb/s kira ok la untuk access internet. Bolehlah buat banyak kerja dalam satu masa.

P/s: Saya tengah tension ni, baru je nak post pasal kelajuan internet, saya punya internet yang lembap sekarang ini. Nak post artikel ini dekat 40 min juga baru boleh "publish post". Time ni la dia nak buat hal...eeee!!! Selalu internet ok je!

gravatar

Cepatkan Download Dengan IDM

Salam sejahtera. Erk! Sorry la kalau tak posting artikel baru sejak kebelakangan sebab saya beralih angin ke kampung lar. Mahu juga menikmati udara di desa setelah lama dah menghirup udara di kota ini. Ok, saya teruskan dengan artikel yang menarik pada kali ini iaitu mempercepatkan download anda menggunakan software Internet Download Manager (IDM).



IDM ini mempercepatkan kerja mengdownload anda kerana ia dibantu beberapa "tentera" lain untuk mengdownload sesuatu aplikasi. Bagi saya, saya amat berpuas hati dengan software ini dan software ini boleh di download secara percuma. Click FREE DOWNLOAD untuk mengdownload software ini secara percuma :D

Cara Untuk 'Free Download' Punya:
1) Buka folder "InternetDownloadManagerv515"
2) Click "idman515" untuk install software tersebut
3) Buka folder "C-r-a-c-k"
4) Copy "IDMan"
5) Right click pada software Internet Download Manager di dalam start menu
6) Click "properties"
7) Click "find target"
8) Satu windows akan keluar, paste ke dalamnya
9) Buka semula folder "C-r-a-c-k"
10) Click "RegKey"
11) Click "Yes"
12) Kini anda boleh memakai software ini secara percuma :)

gravatar

Tukarkan Rumi Ke Jawi

Hai... Kenapa ye malam ni mata tak mengantok-ngantok lagi? Masih segar. Alang-alang dah online, saya postkan lagi artikel lain yang saya dapat. Baru-baru ini saya ada post tentang translate bahasa inggeris kan? Dah try ke belum? Kali ini saya nak tunjuk satu website yang lebih kurang macam tu lar. Tapi yang ini translationnya dari Bahasa Malaysia - Jawi. Kalau tak berapa faham tu bolehlah try-try. Asyik rumi je kita tibai hehehe... Nama website: Ejawi Online. Ok, nak masuk KLIK SINI untuk ke laman webnya. Di bawah ini antara tulisan jawi yang di tulis di sini.

هاي... كناڤ ياي مالم ني مات تق مڠنتوك-ڠنتوك لاڬي؟ ماسيه سڬر. الڠ-الڠ ده اونلاين، ساي ڤوستكن لاڬي ارتيكل لاين يڠ ساي داڤت. بارو-بارو اين ساي اد ڤوست تنتڠ ترنسلتاي بهاس ايڠڬريس كن؟ ده تري ك بلوم؟ كالي اين ساي نق تونجوق ساتو ويبسايت يڠ لبيه كورڠ ماچم تو لر. تاڤي يڠ اين ترنسلاتياونڽ دري بهاس مليسيا - جاوي. كالاو تق براڤ فهم تو بوليهله تري-تري. اشيق رومي ج كيت تيباي هيهيهي... نام ويبسايت: ايجاوي اونلاين. اوق، نق ماسوق كليك سيني اونتوق ك لامن ويبڽ. د باوه اين انتارا توليسن جاوي يڠ د توليس د سيني.
p/s: Testing 1,2,3... :D

gravatar

Sebaris Menyusul... Cerita Screenshot Lagi

Mmm... Tidak semena-mena dengan tajuk di atas. Sebaris menyusul ini daripada last artikel saya berkenaan screenshot kan? So saya nak sambung sikit ler, ada beberapa website yang menyediakan perkhidmatan screenshot secara online. Just taip je laman web yang kita nak tangkap. Website yang menyediakan perkhidmatan tu ialah http://www.superscreenshot.com/ . Ataupun boleh KLIK SINI untuk pergi ke websitenya. Ini antara contoh gambar yang saya buat dari laman web ini.

gravatar

Cara Nak Buat Screenshot Paling Mudah

Aaahhh...... Leganya, exam dah habis pun. Tak payah fikir dah pasal exam, buat pusing kepala otak je. Nak fikir plak tahun depan ler he...he...he... A'ah sebelum lupa lagi, lebih baik saya papar dulu artikel saya terbaru iaitu Cara Nak Buat Screenshot Paling Mudah. Kalau susah lagi saya tak boleh nak comment apa-apa ler. Contoh screenshot ni lebih kurang kita tangkap gambar isi dalam computer ler. Dekat sebelah ini salah satu gambar screenshot Windows Vista. Caranya macam ini,
1) Buka tempat yang nak ditangkap di dalam PC anda.
2) Tekan tab Print Screen di keyboard anda (selalunya ada di hujung sebelah kanan)
3) Buka application Paint dalam Start Menu, pastekan screenshot tadi dengan menekan tab
Ctrl + V.
4) Lepas tu save la screenshot tadi. Kalau nak ringan screenshot tu, cuba save
file .jpeg , selalunya defaultnya file .bmp , screenshot akan menjadi berat sedikit ler.