Jalan-bergerak

gravatar

Projektor Terkecil Di Dunia

Saiznya tidak lebih daripada sebuah telefon bimbit berbentuk kandi bar, Aiptek Pocket Cinema V10 ialah projektor sinema bersaiz kecil pertama di dunia yang kini berada di pasaran tempatan.

Beratnya hanya 160 gram, peranti sekecil ini mampu memenuhi keperluan gaya hidup mobiliti untuk berhibur terutama apabila hendak berkongsi pengalaman yang dirakam dalam gambar pegun atau video bersama rakan atau keluarga.

Ia boleh dihubungkan dengan pelbagai peranti lain termasuk iPod, kamera digital, kamkorder, telefon bimbit, konsol game seperti Nintendo Wii dan PS2.

V10 ini juga dilengkapi sistem storan terbina di dalamnya dengan saiz simpanan 1 Gigabait serta slot pembaca kad memori SD untuk membolehkan pengguna memainkan segera filem atau imej tanpa sambungan ke pemacu simpanan luaran.



Spesifikasi

PRODUK: Aiptek Pocket Cinema V10
HARGA: RM1,799
TEKNOLOGI PAPARAN: Liquid Crystal on Silicon
SUMBER CAHAYA: LED putih
PENCAHAYAAN: 10 lumen
RESOLUSI: 640 x 480 piksel
NISBAH ASPEK: 4:3
SAIZ IMEJ: 15 - 129sm
JARAK PAPARAN: 21 - 180sm
FORMAT FOTO: JPEG
FORMAT VIDEO: MPEG4, AVI, ASF, H.264
FORMAT AUDIO: MP3
DIMENSI: 12.5 x 5.5 x 2.3sm
BERAT: 160gm

ade jual kat mane nie bro???

kat Malaysia saya xsure la ada jual ke xlagi :)
yang ni pon dekat Eropah