Jalan-bergerak

gravatar

Streamyx Aku Kembali Sihat

Hampir 4 bulan saya mengalami masalah dengan Internet menggunakan Streamyx. Apa yang terjadi? Saya pun tak pastilah masalahnya apa bila menggunakan Internet, dalam 10 minit main, connection internet teputus (lampu DSL terpadam). Lepas tu, connection ada balik lepas 15 saat macam tu. Lepas tu, lebih kurang 10 minit lagi, berlaku macam tu juga. Lepas tu, ada balik. Aaaah!!! Memang lecehlah. Kadang-kadang tengah download file yang berat contoh macam 60MB tinggal lagi 97% nak habis, connection Internet terputuslah. Memang bebal dibuatnya.

Banyak kali saya buat report, operator Streamyx suruh saya buat pekara yang banyak kali saya dah cuba buat iaitu:
1) Tengok kat TCP/IP
2) Cuba buat direct connection
3) Tukar kepala cable
4) Cabut semua cable dalam 15 saat lepas tu pasang balik

Penatlah buat benda yang sama. Dah la tu, nak kena on/ off pc pula. Last sekali, saya ambil jalan terakhir nak marah operator tu kalau dia suruh buat benda yang sama lagi! Saya pun telefonlah pihak Streamyx. Sekali yang jawab panggilan saya tu Minah mana entah? Suara merdu je. Hilang terus kemarahan saya. Cerita punya cerita dari A hingga Z, dia kata "saya rasa bukan masalah cable ni, ni masalah frequency lar". Lepas tu terus dia buat report.

Keesokkan harinya dalam pukul 11:15am sedang saya menjemur kain, datang 2 orang technician Streamyx. Saya pun terkejut sebab selama dok buat report, tak pernah lagi technician Streamyx datang. Lepas dia check semua cable-cable saya dia kasi kat saya Spliter baru. Lepas pada tu, Alhamdullilah Internet saya tidak lagi terputus-putus macam dahulu. Download speed pun dah mula laju. Kalau dulunya 15-20kb/s sekarang ni dah jadi 180-200kb/s (laju gak tu!)

Saya memang mengucapkan bebanyak terima kasih kat operator tu (sayang xsempat nak tanya nama dia, tidak boleh publish kat sini hehehe...) Rasanya dia yang tau masalah sebenar saya. Selama saya dok buat report kat operator-operator lain, sia-sia sahaja. Diorang tu memang tak boleh jadi bahagian Permasalahan Internet Streamyx. Tak reti apa yang terjadi kat pengguna. Hampeh!