Jalan-bergerak

Showing posts with label Blog. Show all posts

gravatar

Membuat Click Form Menggunakan Code Html


Click Form lebih cantik dari Click Link dan amat sesuai diletakan di website anda. Ingin Click Form seperti ini di website anda? Hanya hanya perlu mengubahsuai sedikit code html di bawah ini.



<form method="POST" action="http://jomclick.blogspot.com"><input type="submit" name="Submit" value="Nice Website">
</form>



Copy code di atas. Paste di mana yang anda mahu. Gantikan url http://jomclick.blogspot.com dengan website yang hendak ditujukan contohnya seperti url untuk di download dan sebagainya. Tukar juga Nice Website kepada contohnya Click Here, Download Here (Jika Url Nak Di Download)

gravatar

JomClick Ada Share Dengan Google Ke?

Baru-baru ini, salah seorang peminat blog JomClick bertanyakan saya, "JomClick you ader share dengan Google ke?" Rasa-rasanya ada share tak? Ada kot... Tapi tak pasti pula saya. Mungkin dia tengok gambar ni kot hehehe...

gravatar

Memaparkan Code Html Dalam Blog Post

Tutorial ini adalah cara-cara meletak code html di dalam blog post. Code Html tidak boleh meletak di blog post sesuka hati kerana ianya terlalu sensitif. Jadi di sini saya sudah sertakan satu perkhidmatan yang membolehkan kita meletak sesuatu code html ke dalam blog post. 

Hanya meletakkan code html yang hendak di post dan convert menjadi code html sebenar. Copy code html yang sebenar dan paste di dalam blog post.



Selamat Mencuba!!!

gravatar

Cara-Cara Nak Buat Favicon

Tutorial ini akan mengajar anda Cara-Cara Nak Pasang Favicon di website anda. Sebelum memasang favicon pada blog, anda harus mempunyai gambar yang berformat .ico . Jika belum mempunyai, anda dapat menggunakan bantuan Favicon Generator Online. 

Step 1:
Masuk ke website Favicon. Di Sini saya senaraikan beberapa website yang menyediakan Favicon Generator:-


Step 2:
Klik browse dan cari gambar yang hendak di upload

Step 3:
Klik Create Favicon

Step 4:
Download favicon itu

Step 5:
Upload favicon.ico ke induk laman web (public_html) dan letakkan kod ini (warna merah) di header html page


<link rel="shortcut icon" href="/favicon.ico" />



gravatar

Apa Itu Favicon?

Favicon merupakan singkatan dari Favourite Icon dan dikenali juga dengan Page Icon adalah suatu icon yang berhubungan dengan suatu halaman web tertentu. Dengan demikian favicon merupakan brand mark yang akan memberi ciri dan identiti web tertentu atau dengan hanya melihat icon di blog kita, orang tersebut akan dapat mengenali blog kita.

Dalam maksud lain, favicon adalah gambar atau icon kecil yang letaknya berada di sebelah kiri address bar pada browser yang kita gunakan.

Sebenarnya secara default, Blogger juga mempunyai favicon sendiri berupa icon khas blogger iaitu berupa huruf B besar berwarna putih dengan latar belakang orange (perasan kan?).

Kita boleh membuat favicon sendiri di website kita. Jika anda ingin membuat, sila klik tutorial ini

gravatar

Wajah Baru Google Favicon

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pagi tadi saya bukalah website Google untuk mencari sesuatu. Tapi mata saya terpandang dekat favicon Google tu, "Eh! Benarkah aku buka website Google?" Sebab saya tengok faviconnya berlainan sekali. Takut-takulah Spam ke apa ke...

Sebenarnya tidak, memang betul itu website Google. Google dah tukar favicon baru antaranya pada tahun:

2007



2008



Dan yang terbaru ini 

2009



gravatar

Meletakkan Fungsi "Recent Post" Pada Blogger

Macam mana nak buat Recent Post ataupun Kiriman Terkini macam blog-blog lain? Caranya mudah sahaja. Ikuti cara-caranya di bawah ini

1. Login ke Blogger 
2. Pilih Layout > Page Element
3. Klik Add A Gadget/ Add Page Element
4. Pilih Feed
5. Masukkan "http://nama-blog-anda.blogspot.com/feeds/posts/default" di Feed Url > Continue
6. Tukar Title kepada Recent Post/ Kiriman Terkini
7. Klik Save

gravatar

Pendekkan Nama Url

Salam Sejahtera. Alhamdulillah PC kita masih lagi berfungsi dengan megahnya untuk berbakti kepada tuannya. Jadi saya pun ingin menjalankan tugas saya seperti biasa sebagai seorang penulis blog yang tak seberapa ini.

Bagi yang rajin melayari internet tu, mereka tak akan terlepas dari mengklik blog-blog yang ada tak kira blog tu aktif mahupun pasif. Mereka akan tahu juga berjuta-juta blog yang wujud di Malaysia ini. Cuma blog ini popular atau menarik perhatian visitor itu atas daya kreatif mereka. *Saya pun harap blog yang saya bina ini, InsyaAllah dapat berdiri megah dan menarik ramai visitor untuk masuk ke blog saya. Promosi anda untuk blog ini amat dialu-alukan*

Ok, tanpa mengulas pangjang, saya ingin menunjuk sedikit tips untuk anda yang sudah mempunyai blog, url atau site sendiri, ataupun webmaster. Kalau rasa blog ataupun url anda panjang sangat nak ditulis untuk tujuan post kepada orang lain, inilah rahsianya iaitu dengan membuat Compress url, url yang panjang boleh dipendekkan.

Tahukah anda bagaimana caranya?
Contoh url saya begini http://www.sayamempunyaiurlyangamatpanjangsangat.com. Jadi ianya amat susah dan melambatkan untuk menulisnya. Jadi bagaimana nak menyelesaikannya? Saya hanya memendekkan url ini dengan menjadi http://tinyurl.com/5dceav. Amat pendek bukan? Ia tak bermaksud anda telah tukar url ataupun domain anda. Ini antara website Compress url yang saya dah cuba dan ianya agak bagus. Antaranya:







*** Kalau ada cadangan, boleh post di comment Jom Click :D ***

gravatar

Backup Blog Melalui Multiply

Kini anda boleh backup blog anda secara automatik di http://multiply.com. Anda harus memiliki account Multiply dahulu. Selepas itu, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1) Di Multiply, klik My Account


2) Pilih Posting via Email


3) Masukkan code rahsia untuk posting via email pada field yang disediakan, lalu tekan Save



Di Multiply sudah selesai, sekarang anda harus ke Blogger

1) Dari Dashboard pilih Setting
2) Pilih Email
3) Pada BlogSend Address, masukkan email rahsia yang kita telah setting di Multiply


4) Klik


5) Kalau sudah muncul maka sudah selesai


Selepas ini, semua entri kita di Blogger akan terus di transfer ke Multiply. Pilihan lain, anda boleh backup blog anda di http://blogbackuponline.com

Thanks to Ezze

gravatar

Dapatkan Template Blogger Yang Professional

Tengah saya melihat blog saya, satu ilham datang dan tanya pada diri saya ini. "Blog aku ni boleh tukar template lain tak?". Saya pun sepantas kilat surf internet dan cari pasal template ataupun orang panggil juga skin dan themes. Alhamdullilah ada juga. Di sini saya ingin berkongsi template menarik untuk para Blogspot yang berkeinginan untuk memiliki template yang lain selain dari yang di beri oleh pihak Blogspot. Tidak perlu berbayar. Percuma je. Boleh pergi ke websitenya terus.

Fresh And Modern Blogger Template

50 More Beautiful Blogger Templates


Yang lain antaranya yang boleh didapati:

1) http://freetemplates.vietnam-blogger.com/
2) http://www.freecsstemplates.org/
3) http://www.dstudiobali.com/free-blogger-template/
4) http://charmskins.com/blogger-themes
5) http://www.finalsense.com/services/blog_templates
6) http://freeskins.blogspot.com
7) http://www.finalsense.com
8) http://free-blogger-templates.zeventina.com
9) http://www.blogskins.com
10)http://www.jackbook.com
11)http://www.pyzam.com/bloggertemplates
12)http://www.geckoandfly.com/blogspot-templates/
13)http://www.template-godown.com/
14)http://www.idwebtemplate.com

gravatar

Website Percuma Web Domain Nama Sendiri


Anda ingin membina website? Tapi tak ingin pakai domain/alamat website seperti blogspot? Anda boleh bertukar atau membina website dengan domain percuma di http://www.co.cc/?id=137121
Tapi jika anda ingin pakai domain blogspot anda boleh dapatkannya di http://www.blogger.com/ .