Jalan-bergerak

Showing posts with label Pelayar Internet. Show all posts

gravatar

Mozilla Firefox 3.05 Dah Keluar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada anda yang ingin menggunakan pelayar internet yang semakin hebat dan dikenali ini tak lain tak bukan adalah Mozilla Firefox. Kini sudah keluar versi terbaru iaitu 3.05. Untuk pengetahuan anda versi ini dikeluarkan pada 16 December 2008 (cuma saya saja lambat post entri ini...sorry la yer!). Bagi pengguna yang dah menggunakanya, boleh saja update versi baru ini. Yang belum menggunakan lagi tu, bolehlah download menggunakanya. Percuma je hehehe...

gravatar

Chromifox : Mozilla Firefox Menjadi Google Chrome


Sejak Google mengeluarkan browser Google Chrome beberapa waktu yang lalu, makin ramai orang yang menggunakan browser tersebut. Salah satu yang memikat dari Google Chrome adalah tampilannyaa yang sangat menarik dan mesra pengguna. Namun banyak juga pengguna yang kecewa, kerana di Google Chrome masih banyak kekurangannya. Maklumlah, baru di peringkat BETA. Jadi untuk para pengguna Firefox yang minat dengan tampilan seperti Google Chrome tapi kualitinya masih dalam Firefox juga boleh menggunakan Chromifox.

Untuk mengdownload Chromifox KLIK SINI (mesti mempunyai browser Mozilla Firefox)

Jika anda belum mempunyai browser Mozilla Firefox download DI SINI

gravatar

Google Chrome Harus Di Cuba!

Salam sejahtera semua. Pada artikel yang lepas saya telah menceritakan sedikit sebanyak tentang browser Mozilla Firefox. Kini, Google juga telah melancarkan browser sendiri yang dikenali sebagai Chrome @ Google Chrome.


Google Chrome adalah pelayar web ataupun browser yang berkonsepkan open source. Dan ianya juga akan bersaing secara terus dengan browser lain seperti Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera dan lain-lain.

Google Chrome adalah browser yang pantas, ringan dan memiliki interface yang ringkas dan senang digunakan. Bebarapa fungsi yang terdapat pada Google Chrome ialah:
· One box for everything
· New Tab page
· Application shortcuts
· Dynamic tabs
· Crash control
· Incognito mode
· Safe browsing
· Instant bookmarks
· Importing settings
· Simpler downloads

gravatar

Download Mozilla Firefox 3.0.4 Final Terbaru


Anda sudah tahu bukan apa itu Mozilla Firefox? Kepada yang belum tahu biar saya jelaskan. Mozilla Firefox merupakan salah satu pelayar web ataupun di panggil juga browser terbaik di dunia ketika ini. Mozilla Firefox kini telah release versi terbarunya iaitu Firefox 3.0.4 Final. Versi ini dikeluarkan untuk memperbaiki dan menyempurnakan beberapa bug dan kekurangan yang terdapat pada versi sebelumnya iaitu pada Firefox 3.03 sehingga pada versi yang baru ini Web Browser Firefox makin kukuh dan bagus untuk digunakan.

Antara yang menarik pada Firefox 3.0.4 adalah terdapat beberapa penambahan bahasa baru iaitu Icelandix, Thailand, Bulgarian, Esperanto, Estonian, Latvian, Occitan, dan Welsh.

Dan yang pastinya FireFox 3.0.4 jelas lebih baik dan sempurna dibandingkan Firefox 3.0.3 . Jadi, jika anda masih menggunakan versi Firefox 3.0.3 boleh segera untuk melakukan update. Untuk update dan download Browser Mozilla FireFox 3.0.4 boleh mengklik link di bawah ini.

gravatar

Firefox : Tips Untuk Melajukan Surfing

Hari ini tamatlah sesi pengajian saya pada tahun ini. Bertemu pula kawan² yer pada tahun depan :) Dan keesokkan harinya 13 Nov, saya ingin bertolak ke kem untuk satu aktiviti lasak selama seminggu. So, saya mungkin tidak akan mengepost artikel² yang menarik untuk dikongsi bersama anda. Jadi sebelum saya meninggalkan anda untuk sementara, saya akan tunjukkan tips untuk melajukan pelayaran internet anda menggunakan Mozilla Firefox ok!

1. Buka firefox anda, dan taip kat address tu ----> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpai nt.delay ............ .. pastu set 300

Kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada -----> 0

Kalau masih tidak suka dgn kelajuannya. .. cuba yg ini pula, type skali lagi ----> about:config

1. Tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http. pipelining
network.http. proxy.pipelining
network.http. pipelining. maxrequests

2. Double click kat situ untuk tukar false tu kepada true, contohnya -

network.http. pipelining - true
network.http. proxy.pipelining - true
network.http. pipelining. maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)

3. Pastu type skali lagi -----> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut --->
nglayout.initialpai nt.delay
set kepada 0

Dan restart firefox anda (tutup dan buka semula)

***Kepada pengguna Streamyx, kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing. Anda boleh test. Selamat Mencuba***

P/s: Doa-doakan saya selamat dan bahagia di sana... bye2

gravatar

Firefox : Pengenalan Ringkas Tentangnya

Mozilla Firefox - juga dipanggil 'Firefox' - secara umumnya cuma satu Internet browser yang percuma, sama seperti Internet Explorer sebagai contoh. Mozilla dengan erti kata lain menyediakan satu kumpulan software lengkap untuk aplikasi web seperti browser, bersama mail client, chat client dan banyak lagi.

Firefox Terlalu Popular ? Jadi, mengapa Firefox terlalu popular berbanding produk-produk Mozilla yang lain?


Kerana ia merupakan satu aplikasi ringkas, jadi anda tidak perlu bertukar kepada aplikasi lain secara tiba-tiba sedangkan anda amat menyukai aplikasi yang anda gunakan sekarang seperti Outlook Express, mIRC, dll. Anda boleh muat turun Firefox dan gunaknnya bersam-sama aplikasi web-based yang lain - Internet Explorer pun boleh - tanpa perlu menghadi sebarang masalah.

Anda tidak perlu lagi install pelbagai software untuk setiap fungsi yang anda ingin gunakan, cuma tambahkan extension yang anda ingin gunakan dalam Firefox. Sekurang-kurangnya anda dapat jimatkan ruang cakera keras anda untuk install pelbagai aplikasi yang anda ingin gunakan.

"Ok" anda jawab, "Saya malas...kenapa saya perlu muat turun. install dan tweak Firefox - kenapa saya tidak boleh terus je gunakan Internet Explorer?"

Pertama sekali, tiada sebab anda tidak boleh gunakan kedua-dua browser sekaligus. Artikel ini bukan untuk membuktikan bahawa Microsoft merupakan Jin Ifrit. Internet Explorer 7 merupakan browser yang bagus, tetapi alasan yang paling kukuh untuk anda bertukar kepada Firefox adalah kerana top-notch security, Firefox ada ciri-ciri tambahan yang tidak mampu difikirkan oleh logik akal yang sudah pasti tiada dalam Internet Explorer. Firefox boleh di'customize' dalam pelbagai cara yang mana tidak berlaku pada Internet Explorer.

Firefox berubah/evolusi dengan pantas kerana ia merupakan aplikasi sumber terbuka / open source software, ia ada komuniti dan developer yang sanggup menghabiskan banyak masa dan usaha dalam memberikan respon yang pantas kepada keperluan pengguna, membaiki sebarang 'vulnerability' yang ingin 'exploit' secepat mungkin, dan merubah Firefox kepada satu browser yang perlu ditandingi. Secra fakta, developer memerlukan idea daripada pengguna untuk memberikan idea kepada mereka supaya ciri-ciri baru dapat dicipta dalam versi Firefox yang akan datang.

Download Mozilla Firefox