Jalan-bergerak

Archive for October 2008

gravatar

Cepatkan Download Dengan IDM

Salam sejahtera. Erk! Sorry la kalau tak posting artikel baru sejak kebelakangan sebab saya beralih angin ke kampung lar. Mahu juga menikmati udara di desa setelah lama dah menghirup udara di kota ini. Ok, saya teruskan dengan artikel yang menarik pada kali ini iaitu mempercepatkan download anda menggunakan software Internet Download Manager (IDM).



IDM ini mempercepatkan kerja mengdownload anda kerana ia dibantu beberapa "tentera" lain untuk mengdownload sesuatu aplikasi. Bagi saya, saya amat berpuas hati dengan software ini dan software ini boleh di download secara percuma. Click FREE DOWNLOAD untuk mengdownload software ini secara percuma :D

Cara Untuk 'Free Download' Punya:
1) Buka folder "InternetDownloadManagerv515"
2) Click "idman515" untuk install software tersebut
3) Buka folder "C-r-a-c-k"
4) Copy "IDMan"
5) Right click pada software Internet Download Manager di dalam start menu
6) Click "properties"
7) Click "find target"
8) Satu windows akan keluar, paste ke dalamnya
9) Buka semula folder "C-r-a-c-k"
10) Click "RegKey"
11) Click "Yes"
12) Kini anda boleh memakai software ini secara percuma :)

gravatar

Tukarkan Rumi Ke Jawi

Hai... Kenapa ye malam ni mata tak mengantok-ngantok lagi? Masih segar. Alang-alang dah online, saya postkan lagi artikel lain yang saya dapat. Baru-baru ini saya ada post tentang translate bahasa inggeris kan? Dah try ke belum? Kali ini saya nak tunjuk satu website yang lebih kurang macam tu lar. Tapi yang ini translationnya dari Bahasa Malaysia - Jawi. Kalau tak berapa faham tu bolehlah try-try. Asyik rumi je kita tibai hehehe... Nama website: Ejawi Online. Ok, nak masuk KLIK SINI untuk ke laman webnya. Di bawah ini antara tulisan jawi yang di tulis di sini.

هاي... كناڤ ياي مالم ني مات تق مڠنتوك-ڠنتوك لاڬي؟ ماسيه سڬر. الڠ-الڠ ده اونلاين، ساي ڤوستكن لاڬي ارتيكل لاين يڠ ساي داڤت. بارو-بارو اين ساي اد ڤوست تنتڠ ترنسلتاي بهاس ايڠڬريس كن؟ ده تري ك بلوم؟ كالي اين ساي نق تونجوق ساتو ويبسايت يڠ لبيه كورڠ ماچم تو لر. تاڤي يڠ اين ترنسلاتياونڽ دري بهاس مليسيا - جاوي. كالاو تق براڤ فهم تو بوليهله تري-تري. اشيق رومي ج كيت تيباي هيهيهي... نام ويبسايت: ايجاوي اونلاين. اوق، نق ماسوق كليك سيني اونتوق ك لامن ويبڽ. د باوه اين انتارا توليسن جاوي يڠ د توليس د سيني.
p/s: Testing 1,2,3... :D

gravatar

Sebaris Menyusul... Cerita Screenshot Lagi

Mmm... Tidak semena-mena dengan tajuk di atas. Sebaris menyusul ini daripada last artikel saya berkenaan screenshot kan? So saya nak sambung sikit ler, ada beberapa website yang menyediakan perkhidmatan screenshot secara online. Just taip je laman web yang kita nak tangkap. Website yang menyediakan perkhidmatan tu ialah http://www.superscreenshot.com/ . Ataupun boleh KLIK SINI untuk pergi ke websitenya. Ini antara contoh gambar yang saya buat dari laman web ini.

gravatar

Cara Nak Buat Screenshot Paling Mudah

Aaahhh...... Leganya, exam dah habis pun. Tak payah fikir dah pasal exam, buat pusing kepala otak je. Nak fikir plak tahun depan ler he...he...he... A'ah sebelum lupa lagi, lebih baik saya papar dulu artikel saya terbaru iaitu Cara Nak Buat Screenshot Paling Mudah. Kalau susah lagi saya tak boleh nak comment apa-apa ler. Contoh screenshot ni lebih kurang kita tangkap gambar isi dalam computer ler. Dekat sebelah ini salah satu gambar screenshot Windows Vista. Caranya macam ini,
1) Buka tempat yang nak ditangkap di dalam PC anda.
2) Tekan tab Print Screen di keyboard anda (selalunya ada di hujung sebelah kanan)
3) Buka application Paint dalam Start Menu, pastekan screenshot tadi dengan menekan tab
Ctrl + V.
4) Lepas tu save la screenshot tadi. Kalau nak ringan screenshot tu, cuba save
file .jpeg , selalunya defaultnya file .bmp , screenshot akan menjadi berat sedikit ler.

gravatar

Update Blog Lagi Ke?

Assalamualaikum... Bertemu kembali yer! Mmmm... tak tahu nak post ape ye! Lupa je yang banyak hehehe... Cuma nak heboh-hebohkan, saya dah updated blog saya ini. Kalau rasa boring tu boleh la klik kat link-link di sebelah kanan ni (tak silap saya ler... hehehe). Ada penambahan sikit. Nak baca berita ke ada dekat "Akhbar Hari Ini". Ataupun nak berchatting ke, bolehlah klik kat "Community" tu. Just click je... Esok lusa kalau ada informasi lain saya habaq lain. Bukan tak nak post. Sibuk dengan exam saya. Esok ada lagi, tapi tak pe. Paper last esok je yang tinggal. Lepas tu, happy balik larrr... Sorry la yer! Ok jumpa lagi.

gravatar

Biar Computer Bantu Anda Edit Photo

Hye everybody (erk! speaking plak mamat seorang ni) Anda faham tajuk yang saya tertera di atas ini? Kalau tak faham buat-buat faham je hehehe... Biar saya jelaskan. Macam ni, anda ingin mengedit photo kan? Tapi tak tahu cara. Salah satu website yang menyediakan perkhidmatan mengedit photo secara online iaitu PhotoFunia . So, caranya mudah je
1) Pilih dahulu pattern mana yang anda mahu edit (disediakan)
2) Browse photo (photo kita) yang hendak anda edit
3) Upload photo anda untuk di acess oleh website itu
4) Photo anda akan dipapar dan anda boleh save di PC

p/s: Amat sesuai juga dicuba oleh pengedit-pengedit photo yang gemar mengguna software Photoshop, Corel dan lain-lain lagi. Good Luck

gravatar

Tak Tahu Maksud Inggeris? English Translation


Saya baru sahaja lepas melayari internet. Baru saja nak tutup browser iaitu Google Chrome (browser yang latest punya ler). Retina mata saya tertarik dengan satu website yang membantu kita dalam perbahasaan. Sudah lama saya ingin mengepostkan artikel tentang ini tapi apakan daya, otak saya tak dapat menanggung kesakitan yang di lalui di alam ini. Tapi hari ini, alhamdullilah, saya masih boleh mengepostkan artikel ini kepada anda. Adakah anda tahu website citcat.com?

Jika belum tahu, biar saya jelaskan di sini. Website ini adalah salah satu website yang menyediakan seperti enjin carian. Tapi tajuk saya pada kali ini lebih menumpukan tentang terjemah bahasa. Walaupun website ini menyediakan enjin carian, tapi ia turut sajikan Terjemahan Bahasa iaitu dari Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia dan juga dari Bahasa Malaysia - Bahasa Inggeris. Bahasa Cina pun ada juga. Cuma saya tak berapa faham hehehe...Saya mengalu-alukan kemasukan anda ke website ini. Ianya lebih kurang kamus online ler. Kelebihannya cepat, mudah dan tak banyak karenah. Saya pun kadang² guna website ini juga. Biasalah, nak cepat. Jadi sesiapa yang berminat nak translate bahasa tu, boleh terus ke SINI dan klik pada terjemah di link atas.



p/s: Amat sesuai kepada orang yang malas nak buka kamus @ sibuk lebih kurang macam saya :D

gravatar

Laptop 24 Jam!!!




Assalamualaikum. Bertemu kita kembali. Artikel pada kali ini tidaklah terlalu pannjang dan ianya ringkas padat dan mutakhir. Tanpa membuang masa lagi, saya meneruskan artikel saya untuk di baca oleh anda. HP telah berjaya menghasilkan satu laptop yang boleh digunakan selama 24 jam ataupun sehari berturut-turut dengan sekali caj berbanding dengan tempoh 3-4 jam pada kebanyakkan laptop sekarang. Dengan penggunaan skrin LED dan pacuan SSD berprestasi tinggi, ia dapat menjimatkan penggunaan kuasa dan meningkatkan prestasi sebanyak 56% sekali gus memanjangkan masa penggunaannya. Produk model HP EliteBook 6930p tersebut akan berada di pasaran pada bulan Oktober 2008 ini di United State (US). Cuma saya kurang pasti lagi bila akan berada di pasaran Malaysia.Dengar² cerita, harga permulaan dijangka akan dijual dari USD1999.

gravatar

Apa Itu Youtube? Dan Sejarahnya

Saya rasa, sering kali kita dengar perkataan Youtube di cuping telinga kita sama ada melalui perbualan mahupun dari mana² sumber. Tidak mengapa, hari ini saya hanya menulis artikel berkenaan Youtube. Bukan semua orang di dunia IT tahu apa itu Youtube. Mungkin kerana mereka ini "newbie" dalam dunia IT. Kita yang mahir dalam IT ini, sepatutnya membantu newbie terus maju agar mereka tidak buta IT. Untuk mereka yang tidak tahu apa itu Youtube, di sini saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang Youtube.

Youtube ialah laman web perkongsian video yang disukai ramai dan membenarkan penggunanya upload(file dari pc ke internet), menonton, dan berkongsi klip video. Video-videonya boleh dinilai, dengan kedua-dua pemeringkatan purata serta kekerapan video itu ditonton dipaparkan. Diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal, Youtube yang berpusat di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Jenis kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem, rancangan televisyen, dan video muzik, serta kandungan amatur seperti videoblog dan video ringkas yang asli. Syarikat ini yang kini menggaji 57 orang pekerja dinobatkan "Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006" oleh majalahTIME. Pada Oktober 2006, Syarikat Google Inc. mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan untuk memperoleh YouTube pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham Google. Urus niaga tersebut selesai pada 13 November 2006.




YouTube diasaskan bersama-sama oleh Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim yang kesemuanya merupakan pekerja perintis PayPal. Sebelum PayPal, Hurley belajar reka bentuk di Universiti Indiana Pennsylvania, manakala Chen dan Karim belajar sains komputer bersama-sama di Universiti Illinois di Urbana-Champaign. Nama domain "YouTube.com" diaktifkan pada 15 Februari 2005, dan laman web dibangun pada bulan-bulan yang berikut. Pencipta-penciptanya memberikan orang ramai sebuah pratonton tentang laman web mereka pada Mei 2005 dan enam bulan kemudian, YouTube muncul buat pertama kali secara rasmi.
Serupa dengan banyak syarikat teknologi yang baru, YouTube bermula sebagai sebuah usahadibiayai malaikat di sebuah pejabat yang kecil dan murah. Pada November 2005, Sequoia Capital, syarikat modal usaha niaga, melabur AS$3.5 juta; selain itu, Roelof Botha, pekongsi syarikat serta bekas Ketua Pegawai Kewangan PayPal, menyertai lembaga pengarah YouTube. Pada April 2006, Sequoia melabur lagi AS$8 juta dalam syarikat itu yang telah mengalami kepopularan dan pertumbuhan yang pesat dalam hanya beberapa bulan pertama kewujudannya.

Pada musim panas 2006, YouTube menjadi salah satu laman web yang paling pesat pertumbuhannya dalam Jaringan Sejagat, dan ditempatkan oleh Alexa sebagai laman web yang kelima terpopular, iaitu jauh mengatasi juga pertumbuhan laman web MySpace.[10] Menurut sebuah tinjauan pada 16 Julai 2006, 100 juta klip ditonton di YouTube pada setiap hari, dengan sebanyak 65,000 video baru di upload setiap 24 jam. Menurut Nielsen/NetRatings, Youtube dikunjungi oleh hampir 20 juta pengguna(banyak tu) setiap bulan, dengan sekitar 44% penontonnya merupakan wanita, dan 56% lelaki. Kumpulan yang berumur antara 12 hingga 17 tahun merupakan penontonnya yang terutama. Keunggulan Youtube dalam pasaran video dalam talian adalah amat mengejutkan. Menurut laman web Hitwise.com, YouTube menguasai 64% daripada pasaran video dalam talian di United Kingdom.

Pengambilalihan Youutube berlaku pada 9 Oktober 2006, Youtube mengumumkan bahawa ia akan diperoleh oleh Google pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham. Perjanjian pembelian antara Google dan YouTube datang selepas YouTube memeterai tiga buah perjanjian dengan syarikat-syarikat media dalam satu percubaan untuk mengelakkan tuntutan-tuntutan mahkamah terhadap pelanggaran hak cipta. YouTube akan terus beroperasi secara bebas, dan kesemua pekerja syarikat serta pengasas-pengasas bersamanya akan terus bekerja di dalam syarikat. Urus niaga untuk memperoleh YouTube selesai pada 13 November, dan merupakan pembelian Google yang terbesar setakat ini. Jika anda ingin masuk ke websitenya anda bolehlah meng"copy" alamat website ini www.youtube.com ataupun KLIK DI SINI untuk masuk direct ke websitenya.

gravatar

Games Need For Speed Dalam Handphone?

Hai semua, bertemu kita kembali selepas beberapa hari...erk! minggu saya tidak meng"posting"kan apa² artikel kepada anda. Harap di maafkan la yer kerana saya terlalu sibuk hinggakan tidak sempat melihat PC saya. Artikel yang akan saya berikan ini agak sesuai di baca oleh para remaja yang berminat dengan game. Tapi veteran pun, kalau nak baca juga tak pe. Anda tahu games yang terkenal hingga ke hari ini iaitu Need For Speed Pro Street? Rasanya anda dah jemu bermain dengan games ini. Di kedai² cyber cafe pun masih lagi menyajikan games ini. Tanpa membuang masa, saya meneruskan cerita saya hari ini ialah games ini bukan sahaja boleh bermain di computer malah di handphone pun boleh bermain. Jika anda tidak percaya, lihat video di bawah ini.



Antara model² handphone yang boleh download games ini ialah:
Nokia - 5300, 5310 XpressMusic 6120c, 6131, 6280,  6300, N73, N81, N95
Sonny Ericsson - K660i, K770, K800i, K810i, K850i, P990i, W580i, W830i, W850i
LG - KE970
Oleh itu, jika anda berminat untuk bermain game ini, hanya gerakkan "mouse" anda ke untuk klik sini sahaja untuk meng"download"kannya. Dan baca arahan selanjutnya di dalam file itu. I'Allah kita bertemu lagi di lain episode untuk artikel yang lebih menarik. Selamat Berjaya!