Jalan-bergerak

Showing posts with label Petua. Show all posts

gravatar

Tips Elakkan Mengantuk Di Pejabat

Rasa mengantuk ketika di pejabat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyang dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. Terdapat beberapa tip yang boleh anda praktiskan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.

1) Hampiri kawasan bercahaya
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar sektika.

2) Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. Tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3) Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai 'mint' dan lemon.

4) Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5) Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. Sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula.

6) Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

gravatar

Cara Menghilangkan Stress


Kehidupan moden yang penuh dengan permasalahan, ditambah beban hidup yang sempit, boleh membuat kita stress dan tertekan. Jika dibiarkan akan mengganggu secara psikologi. Namun ada banyak cara untuk meredakan dan menangani stress, antaranya:

1. Cooling Down. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan dengan perlahan, konsentrasi pada gerakan diafragma anda. Lakukan dua atau tiga kali, hingga mula berasa tenang.

2. Redakan ketegangan. Jika anda sedang duduk, berdirilah dan lakukan perenggangan yang lembut. Gerakan tangan dan lengan bergantian, lalu angkat bahu dan buat tubuh anda terasa rilek.

3. Bergerak. Lakukan gerakan dengan berjalan cepat, walaupun hanya berjalan-jalan di sekitar ruangan anda berada. Hal ini berguna untuk membantu melancarkan aliran darah. Bergerak secara teratur juga dapat membantu membakar kesan negatif dari hormon stress.

4. Berteriak atau menjerit. Pergilah ke suatu tempat peribadi lalu berteriak dan menjerit sepuasnya. Cara itu dapat dipakai untuk terapi pereda stress.

5. Terapi Esensial Bunga. Letakkan beberapa kuntum seri bunga, seperti Bach Rescue Remedy, Jan de Vries Emergency Essence atau Australian Bush Flower Emergency Essence di lidah anda.

6. Berpikirlah positif. Pilih sesuatu yang layak, satu pemikiran peribadi yang positif. Ulangi secara teratur pada diri anda sendiri.

7. Jaga pemakanan. Diet dan jangan tergoda dengan makan secara berlebihan. Kerana kajian menjalankan, sesetengah makanan yang mengandugi kesan yang negatif kepada seseorang jika kerap memakan makanan yang tidak seimbang dan berzat.

8. Dengarkan muzik. Irama muzik yang lembut dapat membantu anda lebih tenang.

9. Terorganisasi. Mula mengatur kehidupan dan waktu secara efektif. Membuat prioritas, sehingga anda dapat mengatasi tekanan dalam suatu waktu.

10. Ketawa. Menonton komedi seperti di Youtube, tertawa bersama teman anda, atau kunjungi website yang berunsur lawakan merupakan penawar luarbiasa bagi stress dan tekanan.

11. Menemukan ketenangan dari dalam. Visualisasi atau meditasi dapat membantu menemukan sebuah ketenangan dari dalam, pada saat disekeliling anda dipenuhi tekanan dan kegaduhan.

12. Konsumsi vitamin dan suplemen. Anda mungkin memerlukan vitamin B dan antioksida semacam vitamin C dan E pada ketika tertekan. Suplemen probiotik dapat juga membantu anda mengatasi stress.