Jalan-bergerak

Showing posts with label Am. Show all posts

gravatar

Projektor Terkecil Di Dunia

Saiznya tidak lebih daripada sebuah telefon bimbit berbentuk kandi bar, Aiptek Pocket Cinema V10 ialah projektor sinema bersaiz kecil pertama di dunia yang kini berada di pasaran tempatan.

Beratnya hanya 160 gram, peranti sekecil ini mampu memenuhi keperluan gaya hidup mobiliti untuk berhibur terutama apabila hendak berkongsi pengalaman yang dirakam dalam gambar pegun atau video bersama rakan atau keluarga.

Ia boleh dihubungkan dengan pelbagai peranti lain termasuk iPod, kamera digital, kamkorder, telefon bimbit, konsol game seperti Nintendo Wii dan PS2.

V10 ini juga dilengkapi sistem storan terbina di dalamnya dengan saiz simpanan 1 Gigabait serta slot pembaca kad memori SD untuk membolehkan pengguna memainkan segera filem atau imej tanpa sambungan ke pemacu simpanan luaran.



Spesifikasi

PRODUK: Aiptek Pocket Cinema V10
HARGA: RM1,799
TEKNOLOGI PAPARAN: Liquid Crystal on Silicon
SUMBER CAHAYA: LED putih
PENCAHAYAAN: 10 lumen
RESOLUSI: 640 x 480 piksel
NISBAH ASPEK: 4:3
SAIZ IMEJ: 15 - 129sm
JARAK PAPARAN: 21 - 180sm
FORMAT FOTO: JPEG
FORMAT VIDEO: MPEG4, AVI, ASF, H.264
FORMAT AUDIO: MP3
DIMENSI: 12.5 x 5.5 x 2.3sm
BERAT: 160gm

gravatar

JomClick Ada Share Dengan Google Ke?

Baru-baru ini, salah seorang peminat blog JomClick bertanyakan saya, "JomClick you ader share dengan Google ke?" Rasa-rasanya ada share tak? Ada kot... Tapi tak pasti pula saya. Mungkin dia tengok gambar ni kot hehehe...

gravatar

Handsome Man

Ah! Ada sikit gambar nak tunjuk kat korang. Apa comment? :))


gravatar

Kalau Dulunya Kuno, Sekarang Dah Maju

Begitulah rupa serba sedikit tajuk yang diberi memandangkan kita sudah berada di Tahun Baru 2009. Dengan berbekalkan azam yang digenggam seperti bara api, jadi kita mestilah maju kehadapan dari yang sebelum-sebelumnya...

Kalau dulunya naik basikal saja...


Sekarang ni dah naik scooter...


Kalau dulunya naik scooter, sekarang ni dah naik kereta...


Jadi keazaman tahun baru ini mestilah lebih tinggi dan kukuh!

gravatar

Happy New Year 2009


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera,

Good bye 2008! Itulah kata-kata yang terlontar setelah kemunculan tahun baru ini iaitu Tahun 2009. Berkesempatan ini saya ingin mengucapkan Happy New Year 2009 kepada saudara-mara yang mengenali saya, rakan-rakan, blogger-blogger, dan pembaca-pembaca sekalian.

Sempena dengan ketibaan tahun baru ini, marilah kita sama-sama berazam untuk terus berusaha menjadi yang terbaik kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Kita jadikan segala pengalaman sepanjang tahun 2008 sebagai pengajaran dan kita buka lembaran baru di tahun 2009 dengan tekad dan hasrat yang berjaya.

Saya juga berazam pada tahun 2009 ini akan berjaya dalam dunia Internet Marketing dan juga berjaya dalam pelajaran yang akan dihadapi pada tahun ini.

gravatar

Selesai Masalah Matematik Secara Online

Anda pening tengok soalan Matematik yang di ajukan kepada anda. Dengan Square Root, Algebraic, Cosine, Tangent, dan lain-lain lagi. Pada yang ambil pelajaran Additional Mathematic (macam saya hehehe...promote sikit) tu mesti ada yang susahkan? Macam mana nak jawab?

Mathway boleh bantu anda. Dengan Mathway, hampir 3,978,393 masalah matematik boleh di selesaikan dengan mudah. Perkhidmatan ini digunakan secara online. So, tak perlu fikir dah nak install apa-apa software. Kalau dok luar negara pun boleh guna. Jadi kepada anda yang dah terlalu 'blur' sangat hinggakan tak boleh menjawab soalan Matematik tu, gunalah perkhidmatan Mathway ini.

Tapi kalau boleh jawab tu cuba-cubalah jawab dengan kepala otak tu. Jangan mengharap benda ini je. Macam mana nak improve nanti kan? Hehehe...

Mathway Here

gravatar

Apa Yang Ada Pada Nama?

Agak pelik sikit tajuk entri kali ini kan? Tapi tak mengapa kerana tak ada apa yang pelik pun. Cuma anda nak cuba tak sesuatu yang mungkin anda tak pernah cuba perkataan yang terdapat di nama anda. Jom cuba:

Apa Maksud Nama Anda?
Klik Sini

Maksud Nama Anda Dalam Jepun
Klik Sini

p/s: Entri ini hanyalah sekadar bersuka-suka sahaja (Jangan ambil serius pula?)

gravatar

Pantun Jepun

Aaaah! Anda pernah tengokkan cerita Jepun, hmmm.. kat bawah ini ada beberapa rangkap pantun Jepun yang boleh diambil kira hehehe...

Pulau Hokkaido jauh ketengah,
Gunung Fuji bercabang tiga,
Hancur Raksaser dikandung tanah,
Ultraman yang baik dikenang jua.

Dua tiga Raksasa berlari,
Mana nak sama Raksasa Kero,
Dua tiga Ultraman boleh kucari,
Mana nak sama Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita,
Papan di Tokyo Ultraman dirikan,
Kalau sungguh itu keje Raksasa,
Badan dan kepala dia Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat,
Kajang Raksasa mengkuang layu,
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat,
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju,
Sampai Pokok Sena,
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman menyala.

Mengata laksa paku serpih,
Mengata Raksasa,
Ultraman pula yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula,
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kita berbahasa,
'Fire' diberi pada Raksasa.



Hmm apa macam? Sekadar berjenaka... Ah! Setitis komen di alu-alukan oleh anda ye!

gravatar

Melihat Pejabat Website-Website Terkenal

Anda tahu bukan apa itu Google, Yahoo!, Mozilla, dan lain-lain website terkenal yang di dunia Internet ini. Tapi... Anda pernah tengok tak pejabat website-website ini? Hmm... macam mana agaknya pejabatnya yer? Mari ikut JomClick usha pejabat mereka di Office Snap Shots.

Hampir semua gambar-gambar office website terkenal diletakkan di situ. Rasanya company JomClick ada sekali tak? Hehe...

Nak tengok macam mana?

gravatar

Team Viewer : Kawal PC Orang Lain


Dengan software TeamViewer, anda boleh mengawal komputer orang lain. Contoh, saya boleh memasuki dan menggunakan komputer anda melalui komputer saya. Hebat bukan? Jelas sekali perisian ini amat mudah digunakan. Anda hanya perlukan Host(tuan rumah) dan Client (tetamu) untuk mengakses servis ini. Jika anda yang mahu mengawal komputer itu, anda mestilah memilih Host.

Cara Penggunaan:
1) Bila buka perisian ini...(sila tunggu sebentar untuk dapatkan ID sendiri)
2) Host - Dapatkan ID dari Client
Client - Dapatkan ID dari Host
3) Click Connet to Partner

Dimana Mahu Download?

Host - http://www.teamviewer.com/download/TeamViewer_Setup.exe
Client - http://www.teamviewer.com/download/TeamViewerQS.exe

gravatar

Streamyx Aku Kembali Sihat

Hampir 4 bulan saya mengalami masalah dengan Internet menggunakan Streamyx. Apa yang terjadi? Saya pun tak pastilah masalahnya apa bila menggunakan Internet, dalam 10 minit main, connection internet teputus (lampu DSL terpadam). Lepas tu, connection ada balik lepas 15 saat macam tu. Lepas tu, lebih kurang 10 minit lagi, berlaku macam tu juga. Lepas tu, ada balik. Aaaah!!! Memang lecehlah. Kadang-kadang tengah download file yang berat contoh macam 60MB tinggal lagi 97% nak habis, connection Internet terputuslah. Memang bebal dibuatnya.

Banyak kali saya buat report, operator Streamyx suruh saya buat pekara yang banyak kali saya dah cuba buat iaitu:
1) Tengok kat TCP/IP
2) Cuba buat direct connection
3) Tukar kepala cable
4) Cabut semua cable dalam 15 saat lepas tu pasang balik

Penatlah buat benda yang sama. Dah la tu, nak kena on/ off pc pula. Last sekali, saya ambil jalan terakhir nak marah operator tu kalau dia suruh buat benda yang sama lagi! Saya pun telefonlah pihak Streamyx. Sekali yang jawab panggilan saya tu Minah mana entah? Suara merdu je. Hilang terus kemarahan saya. Cerita punya cerita dari A hingga Z, dia kata "saya rasa bukan masalah cable ni, ni masalah frequency lar". Lepas tu terus dia buat report.

Keesokkan harinya dalam pukul 11:15am sedang saya menjemur kain, datang 2 orang technician Streamyx. Saya pun terkejut sebab selama dok buat report, tak pernah lagi technician Streamyx datang. Lepas dia check semua cable-cable saya dia kasi kat saya Spliter baru. Lepas pada tu, Alhamdullilah Internet saya tidak lagi terputus-putus macam dahulu. Download speed pun dah mula laju. Kalau dulunya 15-20kb/s sekarang ni dah jadi 180-200kb/s (laju gak tu!)

Saya memang mengucapkan bebanyak terima kasih kat operator tu (sayang xsempat nak tanya nama dia, tidak boleh publish kat sini hehehe...) Rasanya dia yang tau masalah sebenar saya. Selama saya dok buat report kat operator-operator lain, sia-sia sahaja. Diorang tu memang tak boleh jadi bahagian Permasalahan Internet Streamyx. Tak reti apa yang terjadi kat pengguna. Hampeh!

gravatar

What To Do Before Your Purse Or Wallet Is Stolen

No, I'm not saying that you're walking around town with a steal me sign on your handbag, purse or wallet but this type of theft is a common crime, not just in the United States, but worldwide. Also, you may lose your wallet on your own, like I did a few years ago, only to get a call from a police officer a couple days later who told me that a criminal had found it and was driving around with my wallet in his car. Due to that lucky traffic stop, I did not become a victim of identity theft, but millions of Americans are not so lucky so it's best to be prepared.

If your wallet has already been stolen please see the signature at the bottom of the article to learn what to do when your wallet is stolen. Here is some advice that can help before you lose your purse or wallet.

Make a copy of all of your credit cards and IDs, front and back. This will make it easier for you to replace any cards that are in your wallet when it is stolen or lost. Once you have made the copies, you will have each cards number and expiration date. And usually the number you need to call to report it lost or stolen is right on the back of the card, so you will have that too at your fingertips. Obviously, leave the copies at home. Do not carry them in your wallet, or that will have been a complete waste of your time.

Keep credit cards that you don't use often at home. Unless you are headed out to make a purchase with that emergency credit card, there's no need to take it with you. Instead, leave it behind in a safe place. That way it will still be available in case of the emergency of you having your wallet lost or stolen.

Never carry your Social Security card in you wallet or purse. Your Social Security number is the Holy Grail for identity thieves. With this number, they can not only access your accounts, but they can actually you, by using the number to obtain new credit. So imagine what the thieves can do with your credit cards, your driver's license and your Social Security number. Do not give them that opportunity.

Keep passwords and personal identification numbers to yourself. Don't tell this private information to others, unless absolutely necessary, and never write a password down on the card for the account it applies to, or anywhere else for that matter. Yes, you will have to take the time to memorize them, but it is for your own protection.

Consider an insurance policy. No, there is no insurance available that will replace your entire wallet for you, but many identity theft insurance plans come pretty close. For example LifeLock's WalletLock service will work to get all of your wallet's contents replaced, excluding the cash and family photos of course, with little effort required on your end.

And these identity theft insurance services can help to keep your personal information secure even if it falls, or is taken, into the wrong hands by putting a variety of safeguards on your accounts.

Article Source: http://EzineArticles.com/

gravatar

Kunci Pintu Ini Sesuai Untuk Anda?



Kita selalu beringat, balik dari mana² tempat, bila nak masuk bilik, check dulu sama ada pintu rumah ke pintu kereta ke kunci tak lagi? Motif penunjukkan gambar di atas ialah "Janganlah Kita Selalu Lupa dan Lalai Walaupun Sesaat". Jangan sampai nak pasang master lock macam tu pula? Hehehe... Jadi peringatan yang di sampaikan ini buat kita bersama.




gravatar

Balasan Orang Yang Meninggalkan Solat

Sekadar renungan dan ingatan. Maklumlah, dalam menempuh kehidupan yang mencabar, membuatkan kita sering terleka tanpa kita sedari ada pekara yang utama dari semua pekara iaitu mengerjakan solat 5 waktu. Ingatan ini juga untuk semua rakan² seperjuangan dan termasuk juga diri saya.

Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar?"
Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Solat Subuh
Barang siapa yang meninggalkan solat Subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Solat Zohor
Barang siapa yang meninggalkan Solat Zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Solat Asar
Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Solat Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Solat Isya'
Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Semoga info yang di berikan ini memberi manfaat kepada anda dan juga diri saya.

gravatar

Berhati-hati Ketika Menggunakan PC Di Tempat Umum

Informasi ini saya postkan agar anda tidak terkena dengan 'jerat' teknologi sekarang. Hati-hatilah jika anda mengguna PC di tempat umum seperti Cybercafe ataupun Internet Cafe untuk akses internet.Cuba cek belakang PC yang anda sedang guna dan lihat apakah alat ini ada di belakang PC? Kalau ada jangan sesekali guna PC itu!



Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yang terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yang telah ditaip oleh keyboard itu. Alat ini akan record apa yang dibuat. Kebanyakan alat ini sering diguna pakai di Internet Kafe, pameran, hotel dan lapangan terbang. Maka berhati-hatilah terutama anda yang menggunakan internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.



Bagaimana alat ini berfungsi?
Contohnya anda masuk/login ke account bank, setelah selesai anda pun logout seperti biasa dan meninggalkan PC. Walaupun PC anda sudah di offkan, alat itu dengan mudahnya untuk membuka account itu kembali dengan apa yang sebelumnya anda tekan dan di record alat tersebut, telah tersimpan di dalam Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika ada sesuatu yang mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan internet di tempat umum untuk mengakses site penting. Semoga informasi ini berguna untuk anda semua dan mencegah terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan.

P/s : Kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat yang mengenali saya mahupun yang tidak mengenali saya. Yang tengah bersiap-siap nak balik kampung tu, berhati-hatilah di jalan raya. Jadilah pemandu yang berhemah.

gravatar

Apa Keistimewaan Website Meebo

Ada seorang pengguna Internet bertanyakan saya, "apa keistimewaan yang terdapat di Meebo hinggakan ramai yang menyebut pasal Meebo?"

Lalu jawapannya:
Meebo salah satu website yang menyediakan perkhidmatan Instant Messenger (IM) yang menggabungkan IM yang terkenal di dunia seperti Yahoo! Messenger, Google Talk, MSN dan banyak lagi (anda boleh pilih je)

Kelebihannya juga ialah pengguna yang tidak menginstall atau tiada software IM contoh seperti software Yahoo! Messenger boleh login di Meebo dengan menggunakan login ID Yahoo Messenger, begitu juga dengan IM lain.

Selain itu, anda boleh create chatting room sendiri dengan Meebo dan boleh mengajak rakan-rakan anda untuk berchatting di room anda.

Go to Meebo - www.meebo.com

gravatar

Tontoni Cerita Kartun Versi Melayu

Hai, tajuk posting kali ini mungkin lain sikit. Tapi tidak mengapalah. Kepada sesiapa yang berminat dengan movie kartun Jepun versi Melayu yang agak popular ini seperti Shin Chan, Doraemon atupun Detective Conan, anda kini boleh menontonnya DI SINI .

Baru² ini saya teringin menonton cerita Detective Conan iaitu cerita kegemaran saya (besar² pun tengok cartoon lagi ke?), sedang saya surf di internet, saya terlihat website yang mengandungi banyak movie anime Jepun yang versi Melayu punya. So, apa tunggu lagi, saya pun terus masuk and tengok lar. Layan je.

Bagi yang tak berminat tu maaflah, mungkin anda boleh lihat artikel saya yang lain. Maklumlah, website saya ini bukan sahaja dilawati oleh orang dewasa malah kanak² mahupun remaja juga turut melawati website saya ini.

gravatar

Jom Buat Bandar

MyMiniCity adalah satu permainan online membina bandar sendiri. Dari sebuah petempatan yang kecil, setiap kali anda masuk melawat atau kawan-kawan anda yang datang melawat ke bandar anda melalui url anda, seorang penghuni baru akan bertambah dan bandar anda akan semakin maju. Permainan ini amat mudah untuk di jalankan. Cuma melawat setiap hari dan anda boleh majukan bandar anda itu.

Untuk membuat bandar sendiri KLIK SINI

gravatar

5 Website Yang Wajib DiKetahui

1. Google - www.google.com
~ Google merupakan enjin carian paling berkuasa pada masa kini. Adakah anda masih menggunakan Yahoo untuk mencari maklumat? Jika ya, cuba anda tukar ke Google pula

2. Download.com - www.download.com
~ Sumber software anda. Download.com menyediakan bermacam-macam perisian dari pelbagai kategori yang anda boleh muat turun secara percuma. Tips: jika anda hanya inginkan freeware, pastikan filter ditetapkan kepada free

3. Digg - www.digg.com; Del.icio.us - http://del.icio.us; StumbleUpon - www.stumbleupon.com
~ Maaf, saya tak dapat pilih antara tiga link ini, kerana semuanya hebat-hebat! Ketahui informasi yang terbaru dan terhangat, pengetahuan am yang berguna, serta laman web yang menarik. Kesemuanya ada dalam ketiga-tiga perkhidmatan ini

4. Wikipedia - www.wikipedia.org
~ Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan sesuatu perkara, rujuklah pada Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia yang paling lengkap dan paling cepat berkembang. Juga merupakan syurga dunia bagi para pelajar, segala jawapan bagi assignment anda ada di sini

5. YouTube - www.youtube.com
~ Youtube semestinya website kegemaran saya, namun tidak dinafikan ianya merupakan laman web yang paling kerap dikunjungi di seluruh dunia. Laman web ini menyediakan video klip percuma untuk ditonton, merangkumi semua topik dari pembelajaran hinggalah kepada lawak jenaka. Ingat, gunakan laman web ini sebaik-baiknya dan ingatlah had dan batas kita sebagai seorang Muslim

gravatar

Berapa Nilai Mata Wang Kita?

Adakah RM1 kita bernilai untuk dunia? Berapa nilainya kalau di bandingkan dengan mata wang dunia, seperti USD, EUR? Ingin tahu? Semak nilai mata wang di www.xe.com . 


P/s: Sesuai juga untuk usahawan² yang selalu bertukar mata wang USD ataupun EUR :)