Jalan-bergerak

gravatar

Happy New Year 2009


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera,

Good bye 2008! Itulah kata-kata yang terlontar setelah kemunculan tahun baru ini iaitu Tahun 2009. Berkesempatan ini saya ingin mengucapkan Happy New Year 2009 kepada saudara-mara yang mengenali saya, rakan-rakan, blogger-blogger, dan pembaca-pembaca sekalian.

Sempena dengan ketibaan tahun baru ini, marilah kita sama-sama berazam untuk terus berusaha menjadi yang terbaik kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Kita jadikan segala pengalaman sepanjang tahun 2008 sebagai pengajaran dan kita buka lembaran baru di tahun 2009 dengan tekad dan hasrat yang berjaya.

Saya juga berazam pada tahun 2009 ini akan berjaya dalam dunia Internet Marketing dan juga berjaya dalam pelajaran yang akan dihadapi pada tahun ini.