Jalan-bergerak

gravatar

Yodm3D : 3D Untuk Windows Xp Dan Vista

Ingin nampak windows anda bergaya dan cantik seperti Linux? Inilah aplikasi Yodm 3D. Buat windows anda menjadi 3D Cube seperti di atas. Untuk guna aplikasi ini, tidak perlu install. Hanya 'run' dan boleh di gunakan. Klik Di Sini Untuk Download

Cara untuk menggunakan:
1) Klik aplikasi Yodm 3D
2) Tekan Ctrl + Shift untuk active
3) Jangan lepaskan Ctrl + Shift dan heretkan dekstop anda ke kiri atau ke kanan

Requirements:
*Windows XP/Vista
*Graphic Card with DirectX 9 support

p/s: Seronok juga main 3D ini. Lebih kurang macam Linux ler. Tapi kalau nak lebih mantap, lebih baik pakai Linux. Belajar linux di Melayubuntu :)

gravatar

Semak Alamat Ip Anda Dengan Mudah



Anda boleh check ip address anda di laman web ini
1) www.ip-adress.com (bersertakan alamat daerah)
ataupun
2) www.cmyip.com

gravatar

Tengtang Saya Hari Ini : Seronok Tapi Menakutkan?

Hari ini 11 November, pekara yang menyeronokkan iaitu saya pergi bermain badminton setelah hampir 2 tahun tak sentuh raket, apatah lagi nak main badminton. Mengisi masa lapang yang masih kosong. Kawan² saya mengajak saya bermainnya di satu tempat. Sesampainya di sana, perasaan saya mula gundah-gelana kerana melihat pusat badminton yang tak macam tempat bermain badminton pun. Lebih kurang tempat seludup barang haram je. Dah la tu, di dalamnya bila duduk terasa lebih kurang macam hutan. Walaupun hati kecil ini risau, tapi hati besar rasa seronok kerana sudah lama tak bermain badminton :) Dan ini antara gambar² yang saya sempat candid he..he..he.. Klik pada gambar untuk paparan besar :)




gravatar

Pc Fair Disember 2008 Datang Lagi!

Di bawah ini adalah beberapa lokasi Pc Fair akan 'mendarat' pada Disember 2008 ini.

5 - 7 December 2008 ~ (11:00 am - 9:00 pm)
~Penang International Sports Arena, Penang
~Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah
~Central Square, Sungai Petani, Kedah
~Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang

12 - 14 December 2008 ~ (11:00 am - 9:00 pm)
~KL Convention Centre, Kuala Lumpur
~Mahkota Parade Melaka, Melaka
~Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak
~Batu Pahat (BP) Mall, Batu Pahat, Johor

19 - 21 December 2008 ~ (11:00 am - 9:00 pm)
~Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru
~Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
~Dewan 2020, Kangar, Perlis
~Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor

Bolehlah bersiap sedia untuk perang PC. Jadilah pengguna yang bijak!

gravatar

Tidak Perlu Register Pun Boleh Login?


Anda boleh masuk ke website yang perlu login tanpa anda registernya dahulu dengan BugMeNot. Anda boleh berkongsi username dan password untuk masuk ke website yang memerlukan anda login. Pilih saja website apa yang hendak anda layari, dan dapatkan username dan password percuma untuk anda :D

gravatar

Jadikan Gambar Anda Sebagai Muka Majalah

Anda boleh edit gambar anda secara online dengan menjadikan gambar anda itu sebagai muka depan di majalah. Pergi ke websitenya http://www.magmypic.com/

gravatar

Lindungi PC Anda Dari Virus USB Drive


Saya baru jer jumpa satu software baru nama Ninja Pendisk. Software free ni kata dia boleh menghalang komputer anda dari dijangkiti virus yang datang dari USB pendrive. Tiada keperluan untuk konfigurasi aplikasi ini walaupun ianya mempunyai option konfigurasi.
Software ini adalah portable, bermakna anda tak perlu install untuk menggunakannya. Sangat sesuai untuk pelajar2 kolej dan universiti yang selalu berkongsi komputer di makmal yang biasanya tidak mempunyai “administrative rights” untuk install software baru.
Selepas melarikan software ini, ia akan berada di taskbar windows anda dan menunggu USB drive dimasukkan. Sekiranya ada virus dikesan, ia akan mengeluarkan paparan dan membersihkan virus itu secara automatik. Satu paparan akan dikeluarkan sekiranya virus berjaya dibuang.

Komen: Saya percaya ini adalah software yang bagus untuk beginner dalam mencegah virus dari USB tapi saya tiada kesempatan untuk mencuba keberkesanannya kerana pada masa ini, saya tidak mempunyai virus dalam thumb drive.
 
Kelebihan: Saiz yang kecil, aplikasi portable dan ada LAN chat client.


Sumber: www.SembangKomputer.com