Lindungi PC Anda Dari Virus USB Drive
Saya baru jer jumpa satu software baru nama Ninja Pendisk. Software free ni kata dia boleh menghalang komputer anda dari dijangkiti virus yang datang dari USB pendrive. Tiada keperluan untuk konfigurasi aplikasi ini walaupun ianya mempunyai option konfigurasi.
Software ini adalah portable, bermakna anda tak perlu install untuk menggunakannya. Sangat sesuai untuk pelajar2 kolej dan universiti yang selalu berkongsi komputer di makmal yang biasanya tidak mempunyai “administrative rights” untuk install software baru.
Selepas melarikan software ini, ia akan berada di taskbar windows anda dan menunggu USB drive dimasukkan. Sekiranya ada virus dikesan, ia akan mengeluarkan paparan dan membersihkan virus itu secara automatik. Satu paparan akan dikeluarkan sekiranya virus berjaya dibuang.
Komen: Saya percaya ini adalah software yang bagus untuk beginner dalam mencegah virus dari USB tapi saya tiada kesempatan untuk mencuba keberkesanannya kerana pada masa ini, saya tidak mempunyai virus dalam thumb drive.
Kelebihan: Saiz yang kecil, aplikasi portable dan ada LAN chat client.
Sumber: www.SembangKomputer.com